hari ini jumaat 19/04/2013.
jam sekarang menunjukan pukul 12.41 minit tghari.
semua dah keluar, makan, berjalan-jalan...dan ada yang ke masjid utk menyempurnakan solat jumaat. alhamdullilah, aku dapat juga bertemu mu lagi jumaat. semalam telah meninggalkan kamis. dengan rasa kesyukuran yg tersangat bahagia. terima kasih ya allah.
masih lagi dgn perasaan dungu menghantu. menjelirkan rasa muaknya berhari-hari sudah dihati ini. mahu berludah tapi tidak berdaya membuka bibir yg telah merekah. akulah, akulah yang membawa kebahagian sendiri dan membawa kelukaan sendiri....aduhaiiiiii hati dan jiwa yang bersandar pada keinginan.....
esok sabtu menunggu ku dengan seribu perkara yg belum tahu. rutin harian, kehidupan seharian, dengan tangggungjawab sekeliann.....permudahkanlah hendaknya.
esok, kekenduriii perkahwinan lagi n lagi.....saudara mara masih mengenal kita. kita kenalah datang demi tuntutan jemputan. mungkin suatu ketika nanti, mereka semua tidak mengenal kita. waktu itu, tentu kita telah tiada didepan mata mereka. waktu itu siapa kenal kita dan mengingati kita...?...tiada.
kuburan kita nanti, adakah insan yg sudi mampir dan menabur bunga kasturii...selagi bunga segar akan terlahirlah kebaikan utk kita yg berada didalamnya. siapakah yg bakal datang bersama kendi dan sebakul bunga kasturi....entah.
dikegelapan malam dialam sana, adakah siapa2 yg ikhlas mendoakan kita agar kelapangan dan keterangan dari sebarang kegelapan?...adakah mereka2 yg kita sayangi sewaktu didunia mengingati kita setelah kita tiada ada dihadapan mata mereka. siapalah kita setelah kita tiada. kerdilnya diri juga iman yg dibawa.
No comments:
Post a Comment