alhamdullilahhh, dapat lagi aku menulis dan dapat lagik aku menghirup udara segar dunia yg indah ini. kehidupan yg Allah s.w beri ini tidak mahu aku membazirkannya. cume kadang kala ianya terbazir sendiri tanpa perasan. alahaiii, cita2 untuk menerbitkan sebuah buku masih juga tidak kesampaian. untuk dihantar ke Dewan Bahas dn Pustaka mahukan setebal 500 muka surat A4 size...mampukah aku menulis sebanyak itu. mungkin juga mampu yang belum russing lagi.
teringat di hari sabtu lepas, aku bersama dua org teman2 penulis
sungguh rasa seronok melihat majlis yg simple, tenang dan tidak ramai jemputannya. terlayan semua dgn makanan2nye yg lazat...nasik beryani, nasik putih, dagin beryani, ayam goreng, dalcha tetal sambal goreng, kerabu mangga, rojak petis.....cuci mulutnye yg tersangat sedap, bubur pulut itam, kuih seri muka, bingke buah2an....arrrr...kenyang perut setelah kesesatannn bersama rakan2 penulis
dapat juga info2 yg agak bergune dari tuan haji Ishak (pak Sahak)....tentang dunia penulisannya dizaman taun2 50 an dulu. ternyata pak sahak adalah sahabat baik s.samad said. dan abangnye juga seorang penulis tegar negara namun telah meninggal dunia. al fatihah kepada suliyastri. mengenangkan ketika zaman gemilangnya dia sebagai penulis, sebuah puisi berbayar hanya sepuluh ringgit namun amat besar nilainye ketika itu. bercerita demi cerita, puisi dgn puisinya cerpin dengan cerpinnya, yg akhirnya ia menukar kerjaya dengan mengambil lagi peperiksaan cambridge untuk menceburi dunia akademik pula. lalu segala keperitan menghasil buah manis dari seroang pion sehinggalah menjadi seorang 'manager' disebuah badan keawangan...sehinggalah sekarang telah pun bersara.. adanya cerita pak sahak.
lalu kami beransur ke puteri menangis, untuk mencari maklumat sejarah hal2 mengapa puteri itu menangis. on the way...sapurah parlan menalipon kate die baru saje mahu bergerak kemajlis perkhawinan jirannya. so, aku tidak mengambil hal sangat itu kerana biarlah die g majlis jirannya itu. kalau ade rezeki mungkin jumpalah kami nanti. kami bertolak meninggalkan ketiga-tiga palas itu melalui parit madirono, terus ke parit ismail menuju ke pekan benut. dimana tempat lahir ku dan tempat aku mula2 mengenal erti huruf dan belajar mengenal kawan dan lawan. kabarnya ramai diantara guru2 ku telah kembali ke rahmatullahhh. al-fatihah...yg msih ada pun sema dah bersara....yg tinggal hanya bangunan sekolah dan kenangan itu didalam hati ku. sungai pinggan, sepah beruang, parit seraya...kami lewatiii dengan hati yg berbunga...hati yg penuh dengan kenangan lama...alahaiii, mengapa sekarang ni aku menjadi pendatang dikampong halaman ku sendiri....sobbb sobbb.
sampai jua aku dan kawan ke kg puteri menangis. princess crying....terus menuju kerumah sahabat lama salbiah hashim. seronok kami bertemu, ayahnda juga ibunda nya sama2 memberi respon baik sedia membantu untuk bercerita seadanya. kesian ayahndanya masih termengah-mengah sewaktu bercerita kerana baru saja lepas membuat rawatan treatment ballon....ya allah mudah2an pak Hashim senitasa sihat hendaknya. lama kami bercerita itu ini, sedih bahagia dan ketawa...akhir juga sang hubby minta disembuhkan akan rutinnya yg payah untuk melelapkan mata tetakala malam menjelang. selain itu rakan penulis ku juga meminta kesembuhan dari penyakitnya, mana tau mudah2an selamat semuanya. setelah hampir dua jam kami dirumah salbiah sahabat lama ku itu, kami minta izin untuk pulang untuk menyelusuri pulang kg seri bunian. namun sampai ke bandar pontian, hujan mula turun biar renyai sahaja. mengambil keputusan terus ke rimba terjun tidak ke kg seri bunian. andai ada rezeki dan kelapangan, kami akan pergi lagi ker seri bunian pula.
singgah diteratak ku diujung lorong menuju ke selat melaka, di pantainya tika itu sedang angin kuat sangat bertiupnya. kami menjadi leka dgn gumpalan gelombang air pasang. nun disana pulau pisang balam di telan rintikan gerimis petang....lega rakan penulisan ku juga tergoda dgn keadaan pemandangan alam sekitarnya. mungkin suatu hari nanti mereka akan datang untuk shoting pula. sewaktu berada diteratak ku, sapurah parlan menalipon ku lagi kerana katenya die telah pun sampai ke kampong nya iaitu kg puteri menangis. aku merasa sedikit kecewa kerana tidak dapat bertemu dengannya. tapi dalam hati berharap suatu ketika nanti kami akan bertemu beramai-ramai drumah salbiah....setelah tiga puluh tahun berlalu...mudah2an semua anganan itu akan menjadi realiti. tidak lama kami berada di persisiran pantai rimba itu, kami ke bandar pontian utk mencari sedikit santapan petang...kudapan atau apa sahaja.
sayangnya petang itu byk gerai yg tutup...sedangkan angin terus bertiup kencang...kesian rakan2 ku, mereka makan berlumba dgn angin yg menerjah pinggan. angin di tampi...pingan hampir terbang...kuasa tuhan adanya tu. mungkin menyambut kedatangan rakan penulisan yg mencari bahan utk dipentaskan di jubli pontian nanti....Insyaallah.
setelah bertarung dgn angin kencang, dgn perut yang juga agak kenyang...kami beransur pulang ketika hari telah mejulang malam dan siang telah mula hilang. lewat magrib kami sampai ke johor baharu dgn hati yg bahagia....alhamdullilahhh, dapat juga aku mencoretkan kisah yg tak berapa nak kisah ini.
| pak hashim mula bercerita tentang yg menagis |
| en. bakar juga tidak ketinggalan bercerita tentang menagis |
| dua penulis sedang tekun menghayati yg menangis |
| santai lagi sambil minum petang |
| adik ade kisah?...main game lebih baik dari nak tau tentang menangis...ehehe |
| en. bakar n hubby bercerita tentang bunian yg menangis.. |
seronok kalau sesekali berjalan mencarik info seperti hari itu. bila masa aku akan menyelusuri kg seri bunian pula bersama mereka2 itu lagi......
No comments:
Post a Comment