Petikan: Dia lupa diri.
Dia sudah lupa siapa dirinya. Dia sudah tidak dapat membezakan yang mana hak dan yang sebaliknya. Dia telah terlupa yang dia hanya menumpang gelemor nama sang suaminya. Suami ternama mengapa dia yang terasa hebat ?. Suami berharta mengapa dia yang terasa itu miliknya ?. Dia benar-benar telah buta mata malah hatinya. Semua orang tahu. Semua orang melihat dengan mata mereka. Mereka disekeliling tidak buta, hanya malas untuk berkata-kata kerana kononnya dia orang yang paling ternama. Mengapa mereka membisu seribu bahasa ?, oh tidak!!.. sebenarnya mereka hirok pikuk dibelakang dia. Adakah dia tahu ?.
Dia sudah lupa beberapa tahun lampau, dia hanya dipunggut dari kepayahan. Sayugia, sekarang pantang tercatit nama sang suaminya. Dia pun berkata, itulah hak mutlaknya. Lalu terrrrrlupa dan menidakkan masih ada insan yang berhak total keatas sang suaminya. Mengapakah ? kerana didalam hidup ini mungkin Allah telah anugerahkannya dengan hati yang hitam walau dia sentiasa mengiklankan hatinya yang suci bersih lagi memutih.
Kerana keangkuhan diatas nama kemewahan, kesenangan sehingga dia sanggup membuang hak-hak orang yang sepatutnya berhak. Membuang segala kenangan orang-orang yang sepatutnya menyimpan segalanya itu sebagai khazanah kehidupannya yang hanya tinggal sebeberapa saja. Kemudian dia dengan megahnya, mengantikan bahan kenangan itu dengan yang baru. Senyum puas dia kerana kononya berjaya menjadi modal keluarganya malah yang bukan keluarganya, padahal dirinya telah jauh terlupa siapa dirinya. Sekaligus, sebenarnya dia telah jauh terlupa dan amat-amat terlupa. Nyanyok agaknya.
Sering menggunakan nama Allah dengan sumpahannya sendiri. Mudah2an dia akan mengenal dengan isi sumpahannya itu. Mungkin Allah belum mahu memperlihatkan akan segala kebathilannya dikelayak yang berhak, atau Allah suka membiarkannya sehingga suatu hari juga dia akan dikuburkan tetapi bukan ditanah atas namanya, tapi ditanah wakaf milik orang lain. Lihatlah betapa besarnya, dosa-dosa yang dia tidak pernah terasa akan semuanya itu. Atau terasa tapi tetap menidakan akan perbuatannya ?.
Angkuh, sombong, perjudis...megah sehingga sanggup memijak sesuatu yang pastinya mendaulatkan. Adakah hari esok yang membolihkan dia kembali keasal...?? Hanya Allah yang telah mengariskan segala kejadian, tidak siapa dapat membacanya. Sebagai aku, aku tidak mahu mendoakan agar dia cepat-cepat tersedar dari mimpi khayalannya itu kerana, aku mahu dia sendiri mendoakan dirinya sendiri kerana, sering membuat sumpahan seperti orang-orang yang memang tidak mempunyai pelajaran EQ, Walau andai berbicara, lembutnya gigi dari lidah. Malah sering bersembunyi disebalik lidahnya yang bercabang dan tajam!. Pergilah menunaikan panggilan haji berapa kali sekalipun, namun sekembalinya dia, dia tetap dia, dia tetap dahaga mencari nama dengan mendabik dada kecantikannya, tanpa ada perubahan yang memungkinkan dia sedar!!.
Sumpahannya itu mungkin suatu hari nanti akan memakan dirinya sendiri. Kita sebagai penonton, lihat saja nanti apakah akhirnya drama ini, drama masyarakat, drama kehidupan sejagat, drama kehidupan orang-orang yang terlupa tanpa ingat akan perjalanannya untuk menuju akhirat.
********************************************************************
kadang-kadang manusia memang sungguh lupe...walau pelajaran tinggi mengawan, PHD bagai...namun mereka tidak dapat membuang segala perkara terlupe...akan diri sendiri dan perbuatannya. mengapakah ??....sendiri mau ingat lah.
| gambar hanya hiasan..mak ayah n jik |
No comments:
Post a Comment