aku fikir aku sowang je yg ade macam2 hal kehidupan selame mane berade dialam berumah tanpe tangga. rupe2nye ade jugek org2 yg macam aku...yewwlah...beralam berumah tak bertangge ni semua org ade kisah suke duke yg dialami. tapi tidak semualah yg duke dan tak semua juge yg sentiase gumbira...
aku ni, sentiase ade ide utk menulis kisahh22...tapi tak layak pulak utk dibukukan maklumlahhh tidak ade name agung didunie persada penulisan...tapi kadang tgk derang nye tulisan...tidak lah hebat mane, dan tak kurang juge yg maha hebat...ade yg mungkin lebih kurang aku juge..tpi kerane mereka dah tername.. pulak dah tuhan melorongkan rezeki derang didunie itu...so, tulisan2 mereka tetap dapat perhatian...tapi kadang mereka2 juge mengalami keadaan yg mane tulisan mereka di bakul sampahkan...mase itulah mereka akan meroyan?...atau mereka ikhlas dgn tulisan2 mereka yg dibakul sampahkan ??....entahlah.
suatu hari nanti, mudah2an...akan tercapaiiii...tulisan2 sudah sebahagiannya siap...cumanya masih belum di antar kemana-mana utk di edit n di terbitkan...masih belum lagi...tapi angan2 ku tetap besar...mungkin setahun lagi...dua tahun lagi...mungkin juga tiga tahun lagi....itu pun kalau umur ku panjang....mudah2an....tiga thun lagi itu pasti...kerana duit sure telah ade ditangan...so utk menerbitkan sebuah buku....mungkin tidaklah sesusah sekang...
petikan dari ceta:...(hanya cerita tak ade kena mengena dgn yg idup atau yg apa saje)
“ dulu tak mahu jaga suami dengan baik, selalu abaikan tanggung jawab sebagai isteri, sekarang setelah suami mengalihkan cintanya kepada gadis lain, akak tidak dapat menerima hakikatnya “, Hasne agak berani berkata begitu kepada ku.
“ kalau pun semuanya itu benar, tidak ada kena mengena dengan kamu. Yang penting akak dah benarkan abang Malik
menikahi kamu. Akak ikhlas, maka tiada
lagilah masalah yang masih mengusutkan fikiran kamu. Kekeruhan rumah tangga kamu bersama abang
Malik, itu tiada kena mengena dengan kehidupan akak sekarang ”, balas ku cuba menangkis segala tohaman Hasne
terhadap ku.
”selagi akak masih ada bersama kami, kami tidak akan pernah tenteram mahu
pun bahagia. hidup abang Malik sentiasa
dibayangi oleh akak biar pun jazadnya berada dirumah Has ”, Hasne masih tidak berpuas hati terhadap ku.
” jadi maksud kamu, agar diantara akak dengan abang Malik berpisah semata-mata demi kebahagiaan kamu? ”, soal ku pada Hasne.
Hasne tidak menjawab pertanyaan ku.
Sebaliknya dia terus menangis seperti kanak-kanak yang kehilangan
sesuatu yang disayangi. Aku turut terharu malah memahami apa yang sedang dirasai oleh Hasne. Rumah tangganya bersama Malik tidak bahagia
lantaran aku menjadi orang ketiga diantara mereka. Apakah yang harus aku lakukan dan apa lagi
yang mesti aku korbankan demi kebahagiaan mereka. Pilu hati ku apabila mengenangkan, adakah aku
yang harus berundur dari kehidupan Malik, lalu menjauhi Malik demi kebahagiaannya bersama
Hasne. Siapakah yang boleh aku sandarkan untuk menguatkan akan segala rasa lara dihati ini.
” begini sajalah Hasne, pergilah berbincang dengan abang Malik. Beritahu abang Malik seperti apa yang terbuku
dihati kamu itu. Terpulanglah apa saja
keputusan abang Malik, akak akan terima segala keputusan abang Malik dengan
hati terbuka. Akak tidak berdaya berbuat
lebih dari ini. Akak juga seorang
perempuan seperti kamu, cumanya antara
kita memang jauh berbeza, kamu masih muda sedangkan akak telah meniti hari-hari
senja. Bila-bila masa saja, senja akan
berlabuh dikaki malam ”, kata ku kepada
Hasne.
Seluruh saraf fungsi jazad ku lemah longai.
Berpinar-pinar pandangan mata ku, segala yang ku pandang tidak terang
malah berganda. Rasa sungguh berat
kepala ku umpama sedang menjunjung seguni padi.
Demi kerana Malik dan Hasne, aku gagahi juga meneruskan bicara,
maklumlah biar siapa pun dia, aku tetap menghormatinya sebagai isteri kepada
suami ku yang amat ku kasihi.
” perkara ini tidaklah terletak diatas bahu Has seorang. Abang Malik terlalu sayangkan akak, sehingga Has
tidak boleh langsung menyebut nama akak sewaktu kami berbincang. Abang Malik sentiasa menyebelahi akak. Has
mahu akak sendiri yang buat keputusan, demi kehidupan kami yang
baru menapak. Anak-anak Has masih
kecil-kecil.. ”, kata Hasne seolah-olah
tidak ada langsung sifat timbang rasanya sebagai seorang hamba Allah.
petikan lagi:.......
petikan lagi:.......
No comments:
Post a Comment