Jawa Tengah

Monday, 28 January 2013

tentang lupe diri, lupe siape itu dirinya....

dari sumber: (sharelah ape yg terkandung didalam ceritanya)

Petikan: Dia lupa diri.


Dia sudah lupa siapa dirinya. Dia sudah tidak dapat membezakan yang mana hak dan yang sebaliknya. Dia telah terlupa yang dia hanya menumpang gelemor nama sang suaminya. Suami ternama mengapa dia yang terasa hebat ?. Suami berharta mengapa dia yang terasa itu miliknya ?. Dia benar-benar telah buta mata malah hatinya. Semua orang tahu. Semua orang melihat dengan mata mereka. Mereka disekeliling tidak buta, hanya malas untuk berkata-kata kerana kononnya dia orang yang paling ternama. Mengapa mereka membisu seribu bahasa ?, oh tidak!!.. sebenarnya mereka hirok pikuk dibelakang dia. Adakah dia tahu ?.


Dia sudah lupa beberapa tahun lampau, dia hanya dipunggut dari kepayahan. Sayugia, sekarang pantang tercatit nama sang suaminya. Dia pun berkata, itulah hak mutlaknya. Lalu terrrrrlupa dan menidakkan masih ada insan yang berhak total keatas sang suaminya. Mengapakah ? kerana didalam hidup ini mungkin Allah telah anugerahkannya dengan hati yang hitam walau dia sentiasa mengiklankan hatinya yang suci bersih lagi memutih.


Kerana keangkuhan diatas nama kemewahan, kesenangan sehingga dia sanggup membuang hak-hak orang yang sepatutnya berhak. Membuang segala kenangan orang-orang yang sepatutnya menyimpan segalanya itu sebagai khazanah kehidupannya yang hanya tinggal sebeberapa saja. Kemudian dia dengan megahnya, mengantikan bahan kenangan itu dengan yang baru. Senyum puas dia kerana kononya berjaya menjadi modal keluarganya malah yang bukan keluarganya, padahal dirinya telah jauh terlupa siapa dirinya. Sekaligus, sebenarnya dia telah jauh terlupa dan amat-amat terlupa. Nyanyok agaknya.


Sering menggunakan nama Allah dengan sumpahannya sendiri. Mudah2an dia akan mengenal dengan isi sumpahannya itu. Mungkin Allah belum mahu memperlihatkan akan segala kebathilannya dikelayak yang berhak, atau Allah suka membiarkannya sehingga suatu hari juga dia akan dikuburkan tetapi bukan ditanah atas namanya, tapi ditanah wakaf milik orang lain. Lihatlah betapa besarnya, dosa-dosa yang dia tidak pernah terasa akan semuanya itu. Atau terasa tapi tetap menidakan akan perbuatannya ?.


Angkuh, sombong, perjudis...megah sehingga sanggup memijak sesuatu yang pastinya mendaulatkan. Adakah hari esok yang membolihkan dia kembali keasal...?? Hanya Allah yang telah mengariskan segala kejadian, tidak siapa dapat membacanya. Sebagai aku, aku tidak mahu mendoakan agar dia cepat-cepat tersedar dari mimpi khayalannya itu kerana, aku mahu dia sendiri mendoakan dirinya sendiri kerana, sering membuat sumpahan seperti orang-orang yang memang tidak mempunyai pelajaran EQ, Walau andai berbicara, lembutnya gigi dari lidah. Malah sering bersembunyi disebalik lidahnya yang bercabang dan tajam!. Pergilah menunaikan panggilan haji berapa kali sekalipun, namun sekembalinya dia, dia tetap dia, dia tetap dahaga mencari nama dengan mendabik dada kecantikannya, tanpa ada perubahan yang memungkinkan dia sedar!!.


Sumpahannya itu mungkin suatu hari nanti akan memakan dirinya sendiri. Kita sebagai penonton, lihat saja nanti apakah akhirnya drama ini, drama masyarakat, drama kehidupan sejagat, drama kehidupan orang-orang yang terlupa tanpa ingat akan perjalanannya untuk menuju akhirat.


********************************************************************

kadang-kadang manusia memang sungguh lupe...walau pelajaran tinggi mengawan, PHD bagai...namun mereka tidak dapat membuang segala perkara terlupe...akan diri sendiri dan perbuatannya.  mengapakah ??....sendiri mau ingat lah.




gambar hanya hiasan..mak ayah n jik

Sunday, 20 January 2013

seorang kawan dan buku tulilsan ku

21/01/2013

aku fikir aku sowang je yg ade macam2 hal kehidupan selame mane berade dialam berumah tanpe tangga.  rupe2nye ade jugek org2 yg macam aku...yewwlah...beralam berumah tak bertangge ni semua org ade kisah suke duke yg dialami.  tapi tidak semualah yg duke dan tak semua juge yg sentiase gumbira...

aku ni, sentiase ade ide utk menulis kisahh22...tapi tak layak pulak utk dibukukan maklumlahhh tidak ade name agung didunie persada penulisan...tapi kadang  tgk derang nye tulisan...tidak lah hebat mane, dan tak kurang juge yg maha hebat...ade yg mungkin lebih kurang aku juge..tpi kerane mereka dah tername.. pulak dah tuhan melorongkan rezeki derang didunie itu...so, tulisan2 mereka tetap dapat perhatian...tapi kadang mereka2 juge mengalami keadaan yg mane tulisan mereka di bakul sampahkan...mase itulah mereka akan meroyan?...atau mereka ikhlas dgn tulisan2 mereka yg dibakul sampahkan ??....entahlah.

suatu hari nanti, mudah2an...akan tercapaiiii...tulisan2 sudah sebahagiannya siap...cumanya masih belum di antar kemana-mana utk di edit n di terbitkan...masih belum lagi...tapi angan2 ku tetap besar...mungkin setahun lagi...dua tahun lagi...mungkin juga tiga tahun lagi....itu pun kalau umur ku panjang....mudah2an....tiga thun lagi itu pasti...kerana duit sure telah ade ditangan...so utk menerbitkan sebuah buku....mungkin tidaklah sesusah sekang....mudah2an...asik mudah2an jeew.....aahahahah.

petikan dari ceta:...(hanya cerita tak ade kena mengena dgn yg idup atau yg apa saje)

“ dulu tak mahu jaga suami dengan baik, selalu abaikan tanggung jawab sebagai isteri, sekarang setelah suami mengalihkan cintanya kepada gadis lain, akak tidak dapat menerima hakikatnya “,  Hasne agak berani berkata begitu kepada ku.

“ kalau pun semuanya itu benar, tidak ada kena mengena dengan kamu.  Yang penting akak dah benarkan abang Malik menikahi kamu.  Akak ikhlas, maka tiada lagilah masalah yang masih mengusutkan fikiran kamu.  Kekeruhan rumah tangga kamu bersama abang Malik, itu tiada kena mengena dengan kehidupan akak sekarang ”,  balas ku cuba menangkis segala tohaman Hasne terhadap ku.

”selagi akak masih ada bersama kami, kami tidak akan pernah tenteram mahu pun bahagia.  hidup abang Malik sentiasa dibayangi oleh akak biar pun jazadnya berada dirumah Has ”,  Hasne masih tidak berpuas hati terhadap ku.

”  jadi maksud kamu,  agar diantara akak dengan abang Malik berpisah semata-mata demi kebahagiaan kamu? ”,  soal ku pada Hasne.

Hasne tidak menjawab pertanyaan ku.  Sebaliknya dia terus menangis seperti kanak-kanak yang kehilangan sesuatu yang disayangi.  Aku turut terharu malah memahami apa yang sedang dirasai oleh Hasne.  Rumah tangganya bersama Malik tidak bahagia lantaran aku menjadi orang ketiga diantara mereka.  Apakah yang harus aku lakukan dan apa lagi yang mesti aku korbankan demi kebahagiaan mereka.   Pilu hati ku apabila mengenangkan, adakah aku yang harus berundur dari kehidupan Malik, lalu menjauhi Malik demi kebahagiaannya bersama Hasne.   Siapakah yang boleh aku sandarkan untuk menguatkan akan segala rasa lara dihati ini. 

” begini sajalah Hasne, pergilah berbincang dengan abang Malik.  Beritahu abang Malik seperti apa yang terbuku dihati kamu itu.  Terpulanglah apa saja keputusan abang Malik, akak akan terima segala keputusan abang Malik dengan hati terbuka.  Akak tidak berdaya berbuat lebih dari ini.  Akak juga seorang perempuan seperti kamu,  cumanya antara kita memang jauh berbeza, kamu masih muda sedangkan akak telah meniti hari-hari senja.  Bila-bila masa saja, senja akan berlabuh dikaki malam ”,  kata ku kepada Hasne.

Seluruh saraf fungsi jazad ku lemah longai.  Berpinar-pinar pandangan mata ku, segala yang ku pandang tidak terang malah berganda.   Rasa sungguh berat kepala ku umpama sedang menjunjung seguni padi.  Demi kerana Malik dan Hasne, aku gagahi juga meneruskan bicara, maklumlah biar siapa pun dia, aku tetap menghormatinya sebagai isteri kepada suami ku yang amat ku kasihi.

” perkara ini tidaklah terletak diatas bahu Has seorang.  Abang Malik terlalu sayangkan akak, sehingga Has tidak boleh langsung menyebut nama akak sewaktu kami berbincang.  Abang Malik sentiasa menyebelahi akak.   Has mahu akak sendiri yang buat keputusan, demi kehidupan kami yang baru menapak.  Anak-anak Has masih kecil-kecil.. ”,  kata Hasne seolah-olah tidak ada langsung sifat timbang rasanya sebagai seorang hamba Allah.

petikan lagi:.......



Wednesday, 16 January 2013

sayang ku...

aku sayang kamu,
kamu realiti cinta ku
diatas kepayahan kau mencari aku
kau tatang ku diatas dulang kebahagiaan
****************************************
aku sayang kalian
kerana kalian punca kebahagiaan ku
kalian jua memberi sokongan moral hidup ku
tidak sekali-kali aku melupakan
tidak akan menjadi pencemaran
andai segala ini biasa dijadikan sejarah
inilah sejarah cinta kita yang dipuncak
dari kehausan tanpa dahaga
dari kekusutan tanpa derita.
****************************************
aku sayang kamu
kamu umpama jambatan hidup ku menuju kehulu
menjadi sangga utuh menempuh kalutnya kehidupan ku
mencarik kiambang biar sampan ku terus meluncur laju
kadangnya,
kita berdayung sama bernyanyi ditemani lagu
walau kadang siulannya sumbang dan sayu.

kau gengam tangan ku
ada bara yang mengalir keurat nadi ku
bara yang menyentuh cinta dihati ku 
dengan mata yang luas melihat
dengan hati yang lewat terjaga
biar telah bersama mu sekian zaman
baru ku akui kehendak alam, 
Yang...!!
kau memang anugerah untuk ku...
disepanjang kelanaan penghijrahan ini
menuju keakhirnya sebuah penghidupan
sepanjangan...
aku sayang kamu!!!....
*********************************************************************************

pilih222....berduriii lagi

cekik2222....bagi adik kurus lagikk

magnetikkk.....aura lagikk


santaiiii lagikkk....

inilah, yang seadanya...dititipkan didalam hasil sebuah diaryyy idup yg tidak selalu dapat memiliki ape yg kita sukai.....Allah lebih mengetahui....

Khamis 17/01/2013

salam buat diri jua hati yg tenang..

telah hampir sebulan hidup dibawah naungan tahun 2013.  alhamdullilah ya allah telah memberi peluang utk ku melihat keindahan alam dan menikmati segala yg telah kau berikan.  tidur ku, jaga ku sentiase dibawah jagaan mu ya allah.

hari ini masih juga berkerja, mencari nafkah bersama demi kehidupan yg kita tidak tahu ape yg akan berlaku untuk hari2 esoknya.  kehidupan perlukan wacana kewangan utk saraan...tanpa wang, byk perihal kehidupan akan terbiar dan tertangguh.  alahai, siapa yg kate wang tidak begitu perlu didalam kehidupan?...wang tidak menjanjikan kebahagiaan ?...itu hanye kata2 dari org2 yg kecewa dengan kebahagiaan lantaran hidup disaji dgn byknye wangg...sehinggakan tidak dapat merasai perlunye wang didalam kegunaan hidup seharian.   alahaiiiiiiiiii....insan.

bagi ku mencari nafkah hidup adalah amat perlu.  membantu malah sama2 berganding bahu melayari kerenah permintaan wang dari anak2 jua kehidupan sendiri.  andai hanya berdiam diri dirumah, sedangkan diluar wang adalah rakan, teman utk kiter menjadi seperti hari ini.  kesekolah, kemana2 jua tanpa wang siapalah kita.  makanya ku tidak suke org berkate jangan hidup berkejar dengan wang...pada aku selagi hidup, aku kena fikirkan bagaimana mau mencari wang, kerana wang juga yg membantu menjadikan anak2 seorang  muslimin dan muslimah yg berjaya.

setiap hari aku disini bergelut dengan kebosanan jua sentiase berpakaian dengan kemalasan.  biarpun sakit biarpun perit....itulah natijah hidup ku tidak pernah kering dari mencarik wang...yg bukan utk diri sendiri.  anak2 yg baru mula mengenal dunia dan hidup....perlukan wang untuk berjalan dijalan yg nyata.  tanpe wang, jalannyw mungkin akan tersungkur kerana dizaman yg serba begini....apa saje bolih terjadi...

hidup ku tidaklah sangat menggunakan wang kerana wang ku hanya pas2an.  cukup utk hidup senang dan bahagia sekeluarga dan sesekali juga utk membantu keluarga2 yg lain.  alhamdullilahhh, wang ku bukan hanya utk diri sendiri, tapi utk semua kerana itu juga bukan hak mutlak ku seadanye.

gambar2 kenangan bersama anak2....









Tuesday, 1 January 2013

Adik dan sekolah dato' jaafar

hari ini 2/1/2013, hari pertama adik bersekolah menengah disekolah yg tidak pernah adik jejak kan kaki.  sekolah Dato' Jafaar johor bahru.  adik berpakaian baru, pakaian dak2 sekolah menengah.  oklah bersekolah disini kerana ramai kawan2nye dari STAR 1 yg bersekolah disini.  kalau sekolah ni tak terima adik, tentu adik kena sekolah di sekolah Dato' Osman Awang, sekolah baru yang tak berapa nak baru....tapi ramai melahirkan mereka2 yang 'geng ster'.....dimate org ramai sekolah ni cam tak begitu nak bagus.  entahlahhh...kadang2 terfikir itu semua terpulang kepada murid2 itu sendiri.

secara tak langsung, sekang telah masuk era tahun 2013...bererti aku telah setapak lagi menghuni usia usaiiii...usia yang menuju kearah end of line....mudah2an segala ape yg bakal aku lalui nanti, akan lebih baik dari tahun2 sudah...kerana nikmat hidup telah byk aku dapati....

"kegembiraan dan kebahagiaan hari ini tidak menjanjikan untuk hari esokk.."

ahahaha:..appyyy

ahahaha:..appyyy
THomes?....i'm Jerry...hehehehe