Jawa Tengah

Tuesday, 17 April 2012

UBI dan KOPI O...pagi.

rapat sila ku menghadap ubi rebus yang masih berasap.  disebelahnya seteko kopi O yang juga berasap. dihadapan ku sebiji cangkir kosong yang belum terisi.  didalam hati ku memaki-maki mengapa ubi rebus lagi dan kopi O lagi.  namun didalam perut ku telah rancak bercak lempong bertanjak menari menggigit dinding usus minta diisi.  bijik mata ku separuh tertutup rasa mahu saja menyambung tidur mengulit dingin kontang  kemarau yang menyengat keseluruh jazad.  malas ku mulai berbisik-bisik ditelinga yang mulai pekak dari mendengar suara-suara yang lain.  rasa sepi ku bertelanjang menungkah seluruh alam pawana.  diri jadi gelisah.  hati jadi retak tanpa darah yang mengalir.
     "waaaaaahhhhhhh!!!..",    terpacul suara hodoh ini dari mulut ku.
kedua bibir birat ku mengecap-ngecap tanpa apa-apa rasa selain dari air lior basi.  mengaru kulit kepala yang seminggu tidak bercuci kerana air diperigi telah kontang.  air perigi ku yang didatangi kemarau begitu kelat mencemburui.  aku jadi pasrah.  memintal rambut yang kusut tanpa sikat yang bisa menyisir untuk kelihatan indah dipandang mata.
     "ubiiiiiiii aje..",    bisik hati ku yang jahat sememangnya.
semalam ubi, kelmarin ubi, hari ini ubi dan mungkin esok dan seterusnya adalah ubi.  ubi berada disetiap inci tubuh ku, membesarkan jazad ku sehingga aku menjadi aku gadis mongel yang ayu tapi LAYU..  tiba-tiba bapak datang duduk dihadapan ku bersila rapat.  tersenyum bapak pada ku kelihatan ompong tanpa gigi.  bapak tidak bersuara tapi terus mengambil teko yang masih berasap lalu menuangkan isi hitam didalamnya kedalam cangkir yang sedari tadi kosong kontang.
    "makanlah ubi nak, inilah rezeki kita hari ini..",    bapak berkata sambil menghirup kopi losong perlahan-lahan.  berkecap-kecap bibir bapak merasakan nikmatnya rasa kopi O losong yang baru diteguknya.  aku hanya mampu melihat, memerhati tanpa hati di aroma air kopi.  aku mengaru kepala lagi.  seminggu tidak bercuci rambut ku terasa seolah mengaru sepintal tali apabila tersentuh dijari.  biarkanlah, kalau pergi-pergi aku bertudunglah nanti.  tak akan siapa tahu rambut ku telah seminggu tidak bercuci.  aku jadi tersenyum sendiri apabila teringat Basiron anak ketua kampung pernah mengejek aku yang berbau busuk.  katanya aku tidak pernah mandi, comot, selekeh malah ompong jugak cam bapak tidak bergigi.
     "eih, sapa nak kawan dengan budak perempuan yang comot.  busuk tak ompong pulak tu!",  pekik Basiron anak ketua kampung itu mengejek aku setiap hari apabila terserempak dengan ku.
     "pergilah main jauh-jauh.  atau balik saja kerumah kau tu. pengotorrr!",  katanya lagi.  tapi aku tidak pernah kisah walau hati aku sebenarnya menangis.  aku sedih kerana terlalu hina diri ini padanya.  aku bukan tidak mandi tapi air perigi dirumah ku telah kering.  kalau ada pun setakat keladak yang berbau hanyir dan maung lumpur.  kerana itulah badan aku berbau busuk.  bau hanyir dan maung lumpur itulah yang ku jadikan siraman bak mawar kasturi bagi ku keseluruh badan ku.  aku menjeling bapak yang sabar mengunyah ubi tanpa gigi perlahan-lahan.  kelihatan ubi yang separuh lumat itu ditelan bapak berlalu dikerongkongnya.   aku nampak itu.  kesian bapak makan ubi tanpa gigi kerana itu ia makan diselang selikan dengan air kopi.
     "eih?, dah tinggal setongkol ubi?",  terpacul suara ku tiba-tiba sambil melihat muka bapak.  bapak tersenyum sambil menghirup kopi O lagi dan lagi.  meletakan cangkir tanpa tangkai keatas piring kosong yang sumbing disana sini.   beginilah kudrat kemisikinan.  apa saja yang bulih dijadikan alas untuk makan kami jadikannya dengan rasa kesyukuran.  pernah bapak makan beralaskan daun pisang, kerana tidak ada air untuk mencuci pinggan sewaktu kemarau panjang.
     "arghhhhhhhhhhh...alhamdullilahhhhhhh!!",    kata bapak sambil menepuk-nepuk perutnya yang kempis kelenting itu.  bapak bangun sambil tangannya membelai rambut ku yang telah seminggu tidak bercuci.
     "bapak pergi kesawah dulu ya",   lembut bapak bersuara.   mata ku menuruti langkah bapak turun kebawah rumah lalu menyandang parang dan cangkul.  bapak sedikit pun tidak menoleh pada ku.  gagah langkahnya demi mencari pengalas perut untuk aku dan ibu.  aku melihat sekeliling.  dimana ibu???

**PART KEDUA.
aku bangun kedapur dan menjengah kejendela.  melepaskan pandangan ku jauh keufuk sana yang telah terik dimamah mentari pagi.  silau mata ku memandang warna emas mu aduhai mentari yang setia menemani bumi untuk sekian hari.  aku melihat-lihat sekeliling kalau-kalau ternampak ibu ada dimana-mana.  kicauan burung memintas pandangan ku terbang riang kepohon pisang nipah menghisap madu jantungnya.  seekor demi seekor burung merbah berkerumun berjuntai ekornya mehisap manisnya madu jantung.  kemudian terbang semula meredah pagi yang kering kontang kemarau.  mentari terus beraksi meninggi dipandangan mata ku.  peluh mula memercik keraut wajah ayu ku namun tidak berseri kerana telah sekian hari aku tidak mandi.  aku mengaru kepala yang tiba-tiba terasa gatal menyerang disetiap akar umbi rambut ku.  ada terasa seperti melekit disana sini diseluruh kepala ku.  gatal, aduh gatalnya.

aku beralih kemuka pintu.  kelibat bapak sudah tidak kelihatan lagi.  mungkin bapak telah berelong mencangkul tanah membuat parit dikebun cina Ah Chak.  pekerjaan bapak memang mengambil upah apa sahaja asal dapat menukar duet upahannya dengan sekampit beras hancur.  selebihnya bolehlah bapak membeli ikan masin dan bilis buat lauk tengahari dan malam kami.  biar apa pun juadah yang ada biasanya aku akan makan tanpa mengira sedap atau sebaliknya janji perut ku kenyang berisi.  bukan aku tidak kesian terhadap bapak berkerja seharian semata-mata untuk membesarkan aku demi tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.  biar lelah mahu pun payah, semuanya bapak redah tanpa berkata 'Ahh".  hidupnya hanya ada satu tujuan, membesarkan aku dengan penuh kasih sayang biar kekurangan dari memberi kemewahan.  tak mengapalah, bagi ku ini pun sudah cukup mewah.  ada rumah tempat berteduh ada makan biar apa orang kata, makanan ku sekeluarga hanyalah berupa makanan yang tidak berzat lagi tidak berkhasiat.  biarlah apa orang-orang nak kata, apa lagi bagi orang-orang kaya, makanan yang ku makan itu hanyalah layak diberi kepada kucingnya sahaja.   mungkin juga kucingnya tidak selera kerana tuannya yang kaya selalu membelikannya makanan kucing yang berpuluh ringgit harganya.  bagi orang-orang kaya itu biarlah bulu kucingnya cantik mengebu dan mengilau panahan matanya.  biarlah, aku tidak pernah mengisah itu semua.  bagi ku tompok pun comel juga yang hanya makanannya dicariknya sendiri dengan memburu tikus dikebun ubi ibu ku setiap hari.  kadang-kadang tompok membawa balik hasil tangkapannya seekor tikus yang lumayan untuk dibuat kenduri bersama kontot satu-satu anaknya yang masih hidup.

aku menuruni anak tangan yang berbongkah kayu bulat cuma.  berhati-hati aku memijakkan kaki kebongkah kayu itu.  tangga rumah ku hanyalah kayu yang bapak bawa dari hutan disebalah sawah sana.  bapak buat sendiri tangga bongkah kayu itu menggunakan gergaji dan kapak.  biar hodoh dipandang mata, tetapi tangga itu telah merelakan dirinya dipijak-pijak dan di henyak-henyak oleh ku saban hari.  diatas tangga ini jugalah setiap petang tempat aku menongkah dagu sambil melihat kupu-kupu indah berbagai warna berterbangan dihalaman sedang menyeri bunga.  melangkahkan kaki ku ketanah yang keras megayu.  ku perhatikan halaman rumah ku tanahnya retak disana sini tanpa secebis rumput pun yang menghuni diatasnya.  musim kemarau masih menggila dengan panas sinaran mentari yang semakin terik menggigit setiap inci kulit ku.

"ibuuuuuu!!!, ibuuuuuuuuuuuu!!!..",  teriak ku sekuat hati.

tiada suara ibu yang menyahut, tiada derap kaki ibu berlari mendapatkan ku, tiada kedengaran apa-apa kecuali bunyi deru dedaun pohon getah ditiup angin.  aku ketepi rumah sambil tangan kanan ku mengentel bantal busuk yang sememangnya telah berhari-hari tidak bercuci kerana ketiadaan air.  rasa keras mengayu tanah yang ku pijak dengan kaki yang tidak beralas.  berkaki ayam itulah kegemaran ku kerana beralas kaki, menyebabkan mudah tersandung dan terpintal kaki ku lalu menghalang langkah kehadapan.  tersembam mencium bumi tuhan, memang itulah yang selalu terjadi kepada ku apabila berlari tanpa menghiraukan keselamatan diri.

"ibuuuuuu!!!..",  teriak ku lagi.

hati ku kian gusar kerana tiada laungan jawapan dari ibu.  entah kemana ibu atau sengaja menyorok dari ku untuk menguji sejauh mana keberanian ku ditnggalkan sendiri.  kicauan burung berdendang-dendang diatas pokok kempas yang sebesar tiga pemeluk orang dewasa.  seakan burung-burung itu mengejek aku yang separuh berbaju, berkaki ayam bersama sebiji bantal busuk ditangan.  rasa bimbang dihati kian mencengkam, dan langkah ku percepatkan agar segera mendapatkan ibu.  puas aku mengelilingi persekitaran rumah mencari ibu yang tidak bersuara malah tidak nampak kelibatnya.   aku berlari menuju kehadapan jalan kesebatang titi penghubung diantara dataran rumah dengan jalan tanah merah.   titi dibina  dari empat buah batang pinang, disusun memanjang oleh bapak dan dibawahnya terdapat sebuah parit yang lebih kurang sepuloh kali langkah ku besarnya. didasarnya kontang tanpa air mengalir yang ada hanyalah hanyir lumpur menerpa lubang hidung apabila gelodakan ikan puyu menggelupur.  dikiri kanan jalan semak samun, lalang jua rumput liar yang menjalar hampir kering diselubungi oleh debu-debu jalan tanah merah.  aku menepis-nepis deruan debu merah yang bertebaran apabila ditiup angin kering dari menerjah wajah ku yang molus.

**PART KETIGA
mentari telah menegak memanah perit keatas segala hidupan dimuka bumi yang serba kontang ini.  seluruh badan ku mulai terbakar dengan panasnya cahaya mentari yang sengaja mengusik aku dengan bahangnya.  bermanik wajah layu ku dengan percikan peluh yang tumbuh tanpa diminta.  panas, panas dan bahang sekali.
       "mana ni ibuuuuuuuu!!',  aku separuh merintih sambil mengigit penjuru bantal busuk yang sentiasa setia bersama ku.
      "bucuk-bucuk ibuuuuuuuu",  aku terdengar suara yang ku rindui seawal aku bangkit dari tidur pagi tadi.
aku menoleh kebelakang, melihat ibu menurunkan tong air yang dipikulnya keatas dataran tanah yang merekah.  aku tersenyum melihat ibu, bagi ku ibu adalah segala-galanya walaupun ibu tidaklah secantek paras seniwati mariam nando.  hanya dengan melihat kelibat ibu saja sudah cukup menyenangkan hati ku dan seluruh hidup ku menjadi tenteram.  aku berlari mendapatkan ibu dengan berhati-hati menjinjing bantal busuk ku supaya tidak jatuh ketanah.  aku memeluk ibu dengan sekuat hati ku.  rindu ku begitu menggigit tangkai kerinduan hidup ku.  aku tidak mahu melepaskan ibu dari dakapan ku, biar ibu tahu aku sangat-sangat merinduinya.  ibu membalas pelukan sambil membelai-belai rambut ku yang telah seminggu tidak bercuci.  biar siapa pun aku, biar apa pun aroma ku, ibu tetap mencium umbun-umbun ku.  belaian kasih sayang ibu benar-benar aku rasai, bagaikan ada magnet yang menarik menular terus keseluruh saraf tubuh ku.  aku memejamkan mata, disamping bantal busuk ku terletak elok di bawah dagu.
      "ibuuuuuuuuu...ibu kemana sajaaaa..",  rintih ku manja didalam dakapan ibu.
ibu tidak menjawab, cuma aku terasa umbun-umbun ku diusap oleh tangan ibu berulang kali. leganya rasa apabila tangan ibu menyentuh tubuh ku kerana ditangannya ada kuasa yang membuat aku jadi leka, manja.


No comments:

Post a Comment

ahahaha:..appyyy

ahahaha:..appyyy
THomes?....i'm Jerry...hehehehe