Jawa Tengah

Wednesday, 25 April 2012

pemergian Jali Paman...

hari ini khamis 26/04/12...melawat "Jali"...telah kembali ke Rahmahtullaah.  pemergiannya semalam selepas asar disebabkan dari penyakit yg telah lama dihidapinya.
semuga kebahagiaan menunggunya disana.  biar kau rasai kebahagiaan dan kenikmatan ketenangan Roh dialam barzakh.  semuga mu "Jali"...diterima kembali kepangkuannya.  Insyaallahh..
hidup mu didunia mungkin tidak seperti insan yg lain.  hidup mu sentiase diduga, kelihatannya kau redho menjalaninya dengan senyuman.  mungkin kau pasrah.  mudah2an.

diri ini terasa terpanggil dan menggigil..bile mengingati saat kematian yang pasti datang.  siapalah kita yg bulih menepis ketentuan tuhan.  sudahkah aku bersiap siaga untuk bertemu mu aduhai kematian.  sebaiknya aku berdoa agar kematian yg bakal menjemput ku nanti akan memberi gambaran seawal 100 hari sebelumnya.  agar dapat aku menikmati kelazatan idup ini bersama-sama yang dikasihi yang kelak ku tinggalkan.  Ya Allah, permudahkanlah segala urusan idup dan mati ku....panjangkanlah umur ku andai didalamnya ada kebaikan, biar aku dapat terus beribadah kepada mu, dan matikanlah aku dengan sebaik-baik kematian andai itu adalah hikmah yang terbaik bagi ku.  Ya Allah...terimalah aku sebagai hamba mu yang paling kerdil dan dahif.  Aku hanyalah seorang hamba yang terlalu byk kekurangan dan terlalu byk dosa2 secara sengaja mahu pun tidak disengajakan.

Mudah2an, yg telah pergi terdahulu dari ku menemui dan kembali kepada mu Ya Allah, terhimpun didalam kalangan Roh orang2 yg engkau sukai Ya Allah....




No comments:

Post a Comment

ahahaha:..appyyy

ahahaha:..appyyy
THomes?....i'm Jerry...hehehehe