untuk anak2 yg kelak ku tinggalkan...
dengan kasih sayang yang tak mungkin padam
itulah cinta ibu yang tidak terbanding
walau nafas tinggal segenting....
Berakit rakitlah ke hulu
berenang renang ke tepian
bersakit sakit lah dahulu
bersenang senanglah kemudian...
Kejarlah yang berlari meninggalkan...
kerana ia itu satu kebaikan
hindari yang bergolek datang bertandang
kerana ia itu hanya satu kebohongan...
Berkerja keras demi sebuah penghidupan
disamping junjung kewajipan tuntutan Tuhan
usah berleka leka dengan kemudaratan
kerana hidup kita hanyalah satu perjalanan
menuju ke dunia kekal





No comments:
Post a Comment