Jawa Tengah

Monday, 17 April 2017

merujuk kepada beberapa perkara di tahun lepas,
tahun 2016...

sepanjang kenangan hidup dalam pelukan waktu
yg terindah, daripadanya, anugerah....Allah SWT.

2016,
bagi ku....
tiada ape kemajuan..
malah melalui ujian2 yang mengetarkan..
mudah2an sahaja, itulah msg daripada-NYA...
aku pasrah menerimanya dengan reda...
aku bersedia dengan lapang dada...
kerana hidup ini adalah anugerah yang terindah...
mengapa kiter harus melatah..

alhamdullilahhhh...
semuanya itu demi kebaikan ku
kebaikan keluarga kami..

Ya Allah..
kaulah maha pengatur segala-galanya..

Aamiin,
Aamiin Ya Rab Bal Alamiin...




Siti Hindon binti Ahmad dalam kenangan

hari ini 18/4/17
hari selasa...


perkhabaran yang menyedihkan dan menginsafkan....buat diri aku, yang lebih tua daripadanya...

Inallilahiwainailaihirojiun...

seorang sahabat sekolah SMB Siti Hindon binti Ahmad, telah kembali ke Rahmatullah...selewat umurnya 55 tahun 2 bulan.
semalam dalam group wassap, seorang junior Siti Junainah binti Md Som, telah membuat posting mengkhabarkan pemergian Almarhumah Hindon.

Pertama kali dan last, berjumpa adalah pada 30/12/16 di Dewan Baiduri SMB sewaktu majlis beramah mesra sesama X SMB.  Itulah pertama kali bertemu dan juga last, setelah masing2 meninggalkan sekolah...38 tahun sudah...

dan semalam, perkhabaran yg sedih kerana kehilangan seorang sahabat yg baru saja kita temui....

moga roh mu tenang di sana sahabat ku, Siti Hindon Binti Ahmad.

pergilah kamu dahulu pulang ke negeri abadi...
inshaallah kami juga akan menyusul kemudian hari....

Al-Fatihah.



Sunday, 16 April 2017

sekiranya anak2 menjumpai blog ini

untuk anak2 yg kelak ku tinggalkan...
dengan kasih sayang yang tak mungkin padam
itulah cinta ibu yang tidak terbanding
walau nafas tinggal segenting....

Berakit rakitlah ke hulu
berenang renang ke tepian
bersakit sakit lah dahulu
bersenang senanglah kemudian...

Kejarlah yang berlari meninggalkan...
kerana ia itu satu kebaikan
hindari yang bergolek datang bertandang
kerana ia itu hanya satu kebohongan...

Berkerja keras demi sebuah penghidupan
disamping junjung kewajipan tuntutan Tuhan
usah berleka leka dengan kemudaratan
kerana hidup kita hanyalah satu perjalanan
menuju ke dunia kekal











menilai tulisan di dunia cyber

masing2 mencurah apa yg di alami dan di rasa dalam cyber...alam maya....

mengapa?...apakah ini adalah sesuatu yang memang terjadi di zaman ini...

oh...memang benar kadang kala aku rasa muak membacanya....

itu lah kejujuran daripada rasa hati aku yg sebenar-benarnya...

namun demi persahabatan, demi siratulrahim, sedar diri berada dalam situasi memperjuangkan...demi untuk meriangkan kehidupan, aku tak lokek untuk melihat perkongsian yg mereka paparkan...

kadang kala juga membantu untuk berada dalam kesabar, kadang kala membantu mendapatkan ilmu, malah kadang....terasa diri lebih terbaik daripada mereka....terasa diri lebih beruntung...kerana masih boleh membezakan apa yang perlu dipubickan atau pun hanya untuk diri menyimpannn....

Kadang kadang.... terdetik dalam hati...

oh..... begini rupanya...
hidup seseorang yang berasa diri kekontangan
mahunya tidak mahu terus memikul beban...
lantas...
memaparkan....apa yang dilaluinya
memaparkan...apa yang dirasainya
untuk dilihat ramai orang...

komen2 memangkah, biasanya mereka tidak mahu terima...
dan akan di katanya,...suka hati dia ler...itu wall dia....
sedangkan orang2 yg seperti ini...
bagi ku, hidup hanya pentingkan diri
dalam situasi ditengah-tengah ramai orang...

boleh aje di sarankan,
agar semua yg ditulis itu...jgn di ketengahkan...
agar natizen lain tidak perlu melihat dan menilainya....

ini juga..
blog persendirian...

maaf sekiranya ada yg tersesat ke sini dan membacanya....
blog.com ini untuk hamba sendiri adanya....^_^




Isnin 17/4/17

bersamaan

Rejab 20, 1438 Hijrah.

untuk update blog sahaja.....rasa bosan sentiasa menyelubungi hati...tgk FB bosan, Tgk wassap bosan...so, ternyata diri telah ditarik nikmatnya daripada berhibur libur dengan semuanya ini....so just keep it...













ahahaha:..appyyy

ahahaha:..appyyy
THomes?....i'm Jerry...hehehehe