Jawa Tengah

Wednesday, 19 February 2014

Rasa macam DEMAM...

Hari ini Khamis jugek...20/2/2014....
dah sebati dgn diri, asal jw bukak blog tentu hari kamis, asal ari kamis, tentu terasa nak bukak blog....

cerita hari ini memang byk metelah lagi telah dikumpul begitu lama dari last entring bolan satu tu....beginilah lumrah kehidupan....ada orang tu masih tetap ketinggalan zaman juga masih berfikiran kuno...apa sebab aku kate kuno, masih ada lagi manusia hari ini menganggap kerja2 di hotel adalah bidang kerjaya yg tidak baik.

apa yg dimaksudkan dengan tidak baik itu?....kalau dulu di era tahun 60an sedikit di tahun 70an, memang masih ramai yg menganggap hotel itu adalah tempat yg kotor.  ada pelacuran, judi, orang jahat dan macam2 yg tidak baiklah.  kemudian sedikit demi sedikit, masuk era tahun 80an, anak2 melayu, dari kampung malah bandar juge banyak yg masuk ke IPT mengambil jurusan perhotelan, chef...Hospitality dan byk lagi yg berkaitan dgn hotel.  dan, seterusnya....berkerja di hotel telah tidak lagi di pandang rendah, atau ditakuti oleh ibu bapa apabila anak2 mereka dapat perkerjaan di hotel2. dan sekarang, sudah pun ke tahun 2000an, telah lama meninggalkan era 60an, 70an, 80an dan 90an..maknanya sekarang cawat minda orang2 melayu sudah mula terbuka.  kunci cawat telah mula di gunapakai.  ramai usahawan2 melayu mula menceburi dunia perhotelan, permotelan, rumah2 riadah dan macam2 lagi.

wahhhhh, aku persis menulis artikel pulak.  sebenarnya di sini ingin mecoret sedikit rasa terkilan akan keadaan sesetengah manusia di zaman kini yg masih melihat pekerjaan di hotel adalah satu bidang yg menakutkan atau bidang kerjaya yg  tidak baik.  HUH@!!...aku boringg dengan orang2 yg seperti ini...mengapakah kepala hotak derang masih lapuk, masih terperap, terperangkap dalam kecanggihan edaran zaman.  mengapakah masih ada lagi ibu2 yg sangat sangsi dengan perkerjaan anak2 mereka yg berkerja di hotel2.  mengapa?...adakah setiap hotel itu menyediakan perkhidmatan pelacuran? samseng? main raba-raba atau hape?....aku tak faham betul orang2 yg seperti ini.  apa lagi kalau hal ini terjadi pada seorang ibu yg punyai anak yg ramai....anak2 yg di lahirkan di era tahun 80an dan 90an....siapakah ibu2 ini?....ibu2 yg hanya tahu beranak sahaja atau bagaimana?.....sakit kepala memikirkannya.

mahu sahaja berkata " dahlah anak tu tidak punya kelayakan pelajaran yg baik, dapat kerja sbg receptionis di kaunter itu adalah lebih baik...sekarang bukan senang nak dapat pekerjaan begitu....tempatnya baik, makan free, pakaian diberi seragam....gaji berpatutan...ada EPF sosco lagi....ape lagi?...cuma usahalah pergi balik kerja nak naik hape....kan ke sekarang depan rumah dah ada bas lalu.  bas dari pelbagai distinasi...ape lagi?...atau masa jalan dari bustop tu takut kena kidnap?....itulah kalau rasa cantek tapi tak pandai gune kecantikan itu sebagai rahsia peribadi....tutup2lah aurat tu...jgn nak tunjuk rambut tu panjang menguraii...blondeing...warna bagai....

kepada ibu2 hari ini pulak....terbuka-bukakan lah kepala hotak tu sikit.  jangan rasa dulu awak tu sepenuh masa jadi suri rumah, bermakna anak2 perempuan juga mesti mengikut jejak bertapak awak....lihatlah kekurangan kita semasa membesarkan anak2 bila mana kita tidak berkerja....terurus ker anak2 yg ramai itu?...berpendidikan kah anak2 kiter yg ramai itu?...kerana kita tidak berkerja....dan bagaimana dgn ibu2 yg tungkus lumus sama2 berganding bahu dgn para suami...meningkatkan ekonomi keluarga....adakah keluarga ibu2 yg tidak berkerja jauh lebih baik dari keluarga ibu2 yg saban hari keluar bekerja....jawablah dengan hati terbuka wahai ibu2 sekaliannya....apa lagi yg punyai anak2 dara....biarkanlah mereka keluar berkerja, namun titipkanlah mereka dgn iman dan asuhan dari tangan mu yg boleh mengoncangkan dunia....andai kau hnya mengajarnya makan dan bagaimana untuk hanya hidup di dunia sedangkan kau duduk dirumah sepenuh masa, maka kau adalah seorang ibu yg durjana....kau tidak mengasuh anak2 mu dgn baik....aku bukan mendabik dada, aku juga seorang ibu yg byk kekurangannya.  tapi kekurangan itu tidak bererti kita tidak mahu melihat perkembangan dunia dan menidakan sesuatu yg harus, pasti,  kita untuk memperbaharui.  

aku sebenarnya sudah penat melayan kerenah ibu2 yg tidak berkerja, menjadi suri rumah sepenuh masa.  selalu mereka tidak dapat memikirkan ekonomi keluarga sebagaimana....tapi tidak dinafikan, ada ibu2 yg perhatin akan kegawatan ekonomi keluarga walau dia tidak pernah keluar berkerja...tetapi amat jarangg ....biasanya, hanya order dan order....dan melihat sekeliling dunia semuanya mengerunkan, walhal die tidak pernah pun mengalami peredaran dan perubahan zaman....aduhai para ibu2....anak2 kita itu adalah insan penubrak zaman....biarkanlah mereka hidup di zamannya...bukan hidup di zaman kiter....

1 comment:

  1. aku masih tidak faham lagi...n lagi....aku juga sayang anak2 perempuan aku, anak2 lelaki aku...tapi itu bukan bermakna aku menjerat mereka agar jangan mengetahui dan bergaul dgn alam sekeliling.....aku sering menerangkan kepada mereka...bagaimana menjaga maruah diri apabila berada di luar rumah, bagaimana melayakkan diri apabila berada dalam llingkungan sosial di akhir zaman ini....aku juga seorang ibu yg punyai rasa gerun setiap kali melepaskan anak2 dara ku keluar rumah samada keluar berkerja atau keluar kerana urusan hidup di zaman global ini.....dengan doa dan minta di lindungi mereka dari segala bahaya dari Allah pentadbir alam semesta....amin.....aku tidak mahu kurup akal, aku tidak mahu menjadi ibu yg derhaka kepada anak2 yg aku sendiri lahirkan....

    ReplyDelete

ahahaha:..appyyy

ahahaha:..appyyy
THomes?....i'm Jerry...hehehehe