Jawa Tengah

Thursday, 6 November 2014

Johor

Friday 7/11/14.....the date, problem with their technical.......

Johor


  1. -Johor lahir seawal tahun 801 M, sudah menjalankan perdagangan dgn dunia luar.
  2. -dalam kawalan Majapahit.
  3. -Kesultanan Johor ditubuhkan oleh sultan Alauddin Riayat Shah 11.
  4. -Jajahan Sultan Johor dari Wilayah sungai Klang hingga ke Linggi, Tanjung tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau tinggi, Pulau Karimun.
  5. -Pulau Karimun terdiri dari Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran Kota Baru, Kempar dan Siak di Sumetra.
  6. -Mempunyai kota lama ditepi Sungai Johor.
  7. -Jambi, menjadi tempat ekonomi dan politik di bawah kekuasaan Johor .
  8. -1659 perkahwinan Raja Muda Johor berkahwin dengan Puteri Sultan Jambi
  9. -1666 hingga 1673 Johor berperang dengan jambi.
  10. -Waktu itu Ibu Kota Johor BATU SAWAR, bila diserang oleh Jambi, Batu Sawar musnah.
  11. -1679, Laksamana Tun Abdul Jalil dan askar-askar Bugis menentang Jambi.
  12. -Jambi dan Johor berkrisis kerana perebutan kawasan yang bernama Tungkal.
  13. -Tungkal menjadi milik Jambi.
  14. -Perdagangan merosot
  15. -Johor tewas diserang oleh Pengeran Dipati Anum.  Johor runtuh.
  16. -Johor kembali bangkit dan Johor dipecahkan kepada 4 wilayah. Muar, Pahang, Riau, Singapura
  17. 1946, Johor menjadi sebahagaian malayan Union.
  18. -1948, Menyertai Persekutuan Tanah Melayu.
  19. -1963, Menjadi Persekutuan Malayasia.
  20. -Menjadikan Tanjung Puteri ibu negeri dan kemudian di tukar kepada nama JOHOR BAHRU.
  21. -Sultan Abu Bakar digelar sebagai 'bapa johor moden'.
  22. -Dalam pemerintahaan Sultan Abu Bakar, lada hitam, gambir menjadi punca ekonomi.  Membawa buruh dari China mengenalkan sistem 'KANGCHU'
  23. -1993, perang dunia 11
  24. -Britis pertahanan Johor di kalahkan Jepun
  25. -Jepun di Johor 1941 - 1945.









-

As a PropMaster ???

Job Description:
A prop master is the person responsible for any portable objects on a set. From the books on the book shelf to the box of cereal in the pantry. If the set calls for a piece of portable property, it is the responsibility of the prop (or property) master to make sure it's there.
A prop master works within the art department of a film set. They work closely with the art director or production designer to make sure that all of the portable elements used to dress up a set are accounted for. Once the camera starts to roll, the prop master is there to insure that props are set up and/or put away as needed as well as protected from damage or in some cases, theft.
Skills & Education:
Prop masters usually start their careers working in low level jobs in the art department. It is essential that a prop master has an understanding of every art department position. An effective prop master will be adept at design as well as extremely detail oriented. An overall sense of proper decorating techniques also comes in quite handy.
Because this position requires a lot of quick thinking, it helps to have an almostMACGYVER type quality. Sometimes props get lost or damaged and a good prop master is the one that never shows his/her panic.
Career Advice:
It's a good idea to begin your career in the art department of a television series or film production office. Get to know the current prop master and see if he/she might be looking for an assistant. Be patient, passionate and willing to do just about anything and most prop masters will be happy to teach you the secrets to their success.


Friday, 26 September 2014

Jumaat 26/9/14

Perjalanan ini belum sudah walau sangat hampir dengan penamat.  aku seorang musafir yang sangat alpa walau sedar akan kemudaratannya.  siapalah haku yang bukan dari kalangan wanita solehah jauh sekali dari menjadi tempat rujuk ramai orang.

berita seorang anak yang didera emosi dan fizikal oleh ayah kandungnya sendiri, sangat menghiris perasaan keibuan.  sehingga menjadi penghuni hospital, keadaannya tenat sekali.  ibu dengan air mata setia menunggu, hai anak cepatlah sembuh mu, Ya Allah...tunjukkanlah akan keajaiban mu.  sembuhkanlah anak itu.  Sembuhkanlahhh.....dia hanya anak2 yang tidak pernah ingin dilahirkan.  Ya Allah, kurniakanlah kepada anak itu akan keajaiban mu....sembuhkanlah....

Monday, 22 September 2014

Buku kanak2...

7-9 years....


Halaman 1

Tajuk:  HUDI DAN PUTERI SUNGAI PINGGAN ( 7-9 tahun)


Halaman 2
Seperti yang telah diceritakan oleh seorang penduduk, di hujung kampung itu terdapat sebatang sungai.  Airnya yang bersih, menjadi sumber kepada penduduk kampung pada suatu ketika dahulu.  Berhampiran dengan sungai, tinggal seorang budak lelaki bersama ibunya.  Budak lelaki itu bernama Hudi.  Setiap hari Hudi menolong ibunya  mengambil air di sungai. 

Halaman 3
Satu hari, Hudi berasa sangat letih.  Kepalanya terasa sakit dan penglihatannya kabur.  Dia pulang ke rumah dengan keadaan terhuyung-hayang. 

Halaman 4
Tiba-tiba dia tergelincir lalu jatuh ke lantai.  Baldi air yang dibawanya tercampak ke arah pinggan-pinggan.

Halaman 5
(gambar / lukisan, tak ada text)

Halaman 6
Semua pinggan pecah.  Hudi rasa bersalah.  Ibunya juga berasa sedih kerana semua pinggan telah pecah.  Mereka tidak mempunyai pinggan lain untuk mengalas makanan. 

Halaman 7
(gambar / lukisan, tak ada text)
  
Halaman 8
Hudi telah dimarahi ibunya.  Hudi berasa sedih lalu lari ke sungai.  Dia membawa sebatang seruling dan sebuah baldi.  Dia duduk di pinggir sungai sambil meniup seruling buluhnya itu.  Selepas meniup seruling buluh, Hudi pun menyanyi untuk menghiburkan hatinya.
             ”Oh air, oh air
             Warna mu biru
             Tenang hati ku
             Mendengar kocakkan mu”
Hudi menyanyi dan meniup seruling berselang-seli.  Hatinya berasa terhibur apabila dia bernyanyi.

Halaman 9
Tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti guruh dari dasar sungai.
           “ Groom!” Hudi berhenti bernyanyi. Dia meninjau ke air sungai dengan hati yang berdebar.    
           ” Apakah yang berbunyi itu? ”  bisik Hudi sendirian.

Halaman 10
Tidak lama kemudian, air sungai berkocak.  Angin bertiup perlahan. Burung-burung bersiulan  dan berkicauan.  Kupu-kupu berwarna warni berterbangan ke sana ke mari.  Ada yang berwarna merah, kuning, hijau dan biru.  Masing-masing seperti sedang menunggu sesuatu di permukaan air.  
 
Halaman 11            
Hudi meninjau ke air sungai lagi.  Kocakkan air semakin kuat.  Sekoyong-koyong, seorang puteri timbul  ke permukaan air.   Puteri itu sangat cantik.  Rambutnya panjang mengurai dan ada sekuntum bunga raya terselit di rambutnya  
                    ” Puteri sungai!”,  Hudi menjerit.
Dia terpegun melihat kecantikan puteri itu.  Dia tidak pernah melihat seorang puteri secantik itu. 


Halaman 12
Air sungai berhenti berkocak. Burung-burung tidak lagi bersiulan dan berkicau.  Kupu-kupu tidak lagi berterbangan.  Puteri sungai  yang cantik itu terapung-apung di permukaan air.   
                 “Wahai budak yang baik, janganlah engkau bersedih.  Aku akan menggantikan pinggan-pinggan yang pecah itu dengan yang baru”,  kata puteri sungai sambil memandang ke arah Hudi.   Hudi berasa sangat gembira mendengar kata-kata puteri sungai itu.
                 ” Di manakah pinggan-pinggan itu wahai puteri sungai?” Hudi memandang sekeliling.  Dia tidak sabar untuk melihat pinggan-pinggan baru itu. 

Halaman 13
                 ” Tiuplah seruling buluh mu.  Pinggan-pinggan akan keluar dari dasar sungai apabila mendengar alunan seruling buluh mu itu”,  jawab puteri  sungai sambil tersenyum.
Hudi pun meniup seruling buluhnya lagi.  Tidak lama kemudian, Hudi terdengar seperti sesuatu sedang berlangaran dari dasar sungai. 
                 ” Klentang-klenting, klentang-klenting!”  Banyak pinggan terapung-apung ke permukaan air dan berpusing-pusing seperti sedang menari lalu masuk ke dalam baldi.  Hudi meniup seruling buluhnya lagi.  Puteri sungai turut menari sambil menyanyi.
                 ”Oh Air, oh air,
                  Warna mu biru,
                  Senang hati ku,
                  Mendengar kocakan mu”,
Air sungai beralun semula.  Burung-burung pun bernyanyi.  Kupu-kupu pula terbang ke sana ke mari.  Mereka beryanyi bersama-sama. 

Halaman 14
            ” Terima kasih puteri sungai, ibu ku tentu gembira apabila melihat pinggan-pinggan ini”, kata Hudi.  Selepas itu Hudi pulang ke rumah dengan membawa pinggan-pinggan itu.  Ibu Hudi berasa sangat gembira.
         
Halaman 15
Semenjak hari itu, Hudi sering ke sungai  bertemu dengan puteri sungai.  Mereka bersahabat baik.  Namun, persahabatan mereka tidak disukai oleh ayahanda puteri sungai kerana mereka dari dunia yang berbeza.  Walaubagaimana pun, Hudi tetap ke sungai setiap hari untuk mengambil air.  Sebelum pulang, Hudi akan meniup seruling buluhnya.  Puteri sungai terdengar alunan seruling buluh Hudi.  Dia meminta kebenaran daripada ayahandanya untuk ke permukaan air bertemu dengan Hudi.  Ayahanda puteri sungai membenarkan dengan syarat, pertemuan itu adalah yang terakhir. 

Halaman  16
Puteri setuju lalu ke permukaan air bertemu dengan Hudi.  Puteri sungai menghadiahkan Hudi sebiji pinggan emas.  Sebagai balasan, Hudi telah menghadiahkan puteri sungai dengan seruling buluhnya.  Sejak dari hari itu, Hudi tidak lagi bertemu dengan puteri sungai.  Namun, Hudi tidak pernah melupakan puteri sungai dan pinggan-pinggan pemberiannya.  Sehingga ke hari ini, kisah hudi dan puteri sungai pinggan telah menjadi bualan mulut ke mulut.  Sungai pinggan tetap kekal dengan airnya yang tenang dan kisahnya masih diingati oleh penduduk kampung juga generasi hari ini.




Semuga di perkenan oleh DBP...Ya Allah...sesungguhnya aku adalah hamba yg sgt lemah, keupayaan ku hanya pada apa yg ENGKAU telah anugerahkan...AMIN.

BUKU KANAK2....

today is tuesday, 23/9/14...8.40 am.


skecth for 'Naga Tasik Chini'....4-6 years.










Waiting for 'green light' from DBP.  Hope all the best....

Tuesday, 9 September 2014

Anivesery 30 tahun

Selasa 9/9/14.

Genap 30 tahun perkahwinan ini.  Terima kasih ya Allah.  Tarikh keramat bagi ku, 22/1/86, 10/12/91, 27/1/94 dan 14/11/2000....kelahiran anak2 anugerah Allah.  Terima kasih ya Allahh.  Anak2 ini sangat bererti dalam hidup ku...

Kemudian tarikh keramat berikutnya.  8/8/14, hari pernikahan Zulfadli bin Marjee dengan Nurul Ain binti Abdul Samad.  Alhamdullilah, telah bertambah bilangan ahli dalam keluarga ku.  Sekarang bilangan anak dari empat orang telah menjadi lima orang.  Terima kasih ya Allahhh.

Thursday, 26 June 2014

Ramadhan

hari ini Jumaat 27/6/14....

Alhamdullilahhh, dapat aku menghirup udara jumaat lagi dengan kesihatan dan kebahagiaan jiwa adanya..  Namun, jauh disudut hati aku selalu terfikir, Hari ini kah akhirnya nyawa ku...atau esok kah...atau berapa hari lagi kah....aku semakin ngeri dan takut.

Tidak mustahil hari ini adalah hari yang terakhir, aku menghirup udara kurniaan mu ya Allahhh...atau esok, atau lusa?....atau entah bila2...bukan aku tak suka dan merindui mu Ya Allah untuk menemui mu,...namun, aku hanya hamba mu yang dohif...yg kadang punyai perasaan takut dan cuak.....kerana nyawa kita hanya umpama, sekuntum bunga yg kering...bila2 masa sahaja akan jatuh kebumi, bila tangkai semakin genting...kan melayang di tiup angin....

apakah disana nanti roh ku akan bergelandangan tanpa tujuan....dan jasad ku dipukul dipaluuu kerana perbuatan dosa ku didunia....Waallahhulammm.....

Aku, mungkin sudah terlalu tua untuk melalui sesuatu.  Sesuatu yang mahukan tenaga muda...bila aku, semua akan berkata tidak usah....atau berkias...


Monday, 23 June 2014

Hari ini Isnin 23/6/14

Siapa aku
Tiba-tiba aku lupa
Semua terlupa
Ku raba-raba, butang-butang
Aku tidak lupa pula
Entah mengapa…

Butan-butang diam
Tidak menggigit
Membiarkan aku senang
Mengirim watikah ke seberang

Tiba-tiba aku buta
Semua buta
Alpa sungguh buta ku
Entah mengapa...
Tiba-tiba lupa buta...
Lalu ku celik, terang!
Seperti ditengah lautan

Butang-butang setia
Watikah entah di mana
Ku raba-raba, semula
Celik yang buta
Butang diam, kaku
Kering hati ku
Entah,
Siapa aku....

HM
23/6/14
 — in Johor Bahru.

Thursday, 19 June 2014

entahlah....tak de topic yg tertentu

hari ini Jumaat 20/6/14...

sekarang pukul 2.30 ptg.  jam di komputer 2.27 ptg...macam2 jam.  jam yg sebenar2nya, tak siapa yg tauu....

sejak tua, berlaku genjatan perasaan.  tiba2 ada perasaan malu kepada sahabat2 yang masih muda2.  tiba2 berasa malu terhadap sahabat2 yang punyai master n phd....aku apa ada....habuk pun dah licin...

bukan perasa...tapi perasaan segan itu sangat tinggi.  rasa rendah diri pun ada...walau aku tidak lah rendah.  kadang ada perasaan menyesal terhadap sesuatu perkara yang dah lepas, lepas yang dah berabad pun kadang aku terasa menyesalnya.  rasa bersalah kepada perkara2 kejadian buruk atau kejadian yang tidak baik.....sangat perasalah gituw bila usia di ambang bangke...

esok, sabtu....cuti...tapi rasa macam tak cuti...rumah gelendangan...tak teratur lagi...buat tangga tak siap lagi...entah bila agaknya rumah itu nak bersih tersusun.....atau esok nak g jemputan luncing sales di Pulai emas...kalau datang di bagi sorang satu ketul emas ok jugak....

bosan kerja macam ni....tapi nak duit...sape nak bagi kalau duk umah sesaja....tapi tulah bosan sunggu duk keje sini....tapi bila somebody hulur cek berangka ribu riban....aku suke ler pulak...tapi bukan selalu dapat side income macam tu...ada keje, adalah....ni dah tiga pojek, tak kan bagi sikit jwww kot....tapi katanya, ni bayaran sikit2...mudah2an ada ribu riban lagi yang menyusul...pun begitu, belum clear cek...dah habis dah...belum2 dah terfikir nak g Win Win...beli biskut....buat buah tangan masa majlis nanti...huhuhu.   Hok halohhhhhhhhhhhh.

Buat yang kadang curik2 baca blog nih.........jaga kauuuu....aku tau ko memang selalu curik2 baca....tak ngaku tu???.....ahahahaha.


Thursday, 5 June 2014

Jumaat 6/6/14

Lama tidak menjengah blog....sibuk atau malas, keduanya...

esok ada jemputan rumah salbiah hashim di benut puteri menangis. baru lepas telepon shahid nangsok....baayah turun, pucik...noraidah....sema akan ke sana esok?...tapi belum tentu...tak pasti akan bertemu mereka di sana.  mereka semua bukan kawan baik aku....aku nak jumpa kawan baik aku je...

tugasan, sedang mengemas kinikan Manuskrip buku kanak2.  10/11/6/2014 akan ke bengkel lagi di DBP larkin perdana.  mudah2an akan lancar semua nya....andai rejeki telah tertulis, buku kanak2 aku akan lahir tahun depan?....mudah2an....


Monday, 26 May 2014

mawar kelabu yg busuk dan berulat.....huhuhuh

Bab 25
Aku Seorang Isteri.

         Sejak dari majlis persandingan itu, aku dan Malik membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibu Malik buat beberapa ketika kerana ibunya tinggal sendirian.  Aku dengan rela hati menerima apa sahaja yang dicadangkan oleh Malik demi untuk kebaikan kami.  Rasa agak terpujuk hati ini apabila melihat persekitaran rumah ibu Malik yang terletak di antara pepohon dusun buah-buahan.  Redup dan nyamannya halaman rumah membuat aku merasa sedikit  jatuh cinta dengan suasananya.  Selain pohon buah-buahan, di hadapan sekali bertentangan dengan jalan masuk utama, terdapat pohon kemboja yang berbunga putih berseri.  Di bawah pohon itu terdapat sebuah meja kecil dan empat buah tongkol kayu yang dijadikan sebagai tempat duduk beristirehat.   Setiap pagi aku akan mengelamun dan mengabiskan hari-hari baru ku yang terasa kaku dan semakin layu. 

        Jiwa ini bagikan masih tercari-cari sesuatu yang tidak pasti, kadang jua meratap sendirian bagai pungguk menantikan bulan jatuh ke ribaan.  Hari-hari yang ku lalui hanya bertemankan sebak di dada.  Masih lagi tercari-cari sesuatu yang belum dapat ku temui.  Biar pada mulanya hati telah bernoktah untuk melayari penghidupan baru bersama seseorang anugerah dari ilahi.  Namun sebenarnya aku telah mendustai kebenaran di hati ini.  Tiada keikhlasan di atas segala yang telah berlaku sejak beberapa hari kebelakangan ini.  Melayan kata hati dan terlupa dari menunaikan tanggungjawab ku sebagai seorang isteri.  Tanpa aku peduli ada hati insan-insan lain yang memerhati disetiap gerak geri ku.

         Selepas menunaikan solat subuh tetakala embun pagi masih di hujung rumput, tetakala dingin subuh masih mengigit seluruh tubuh, aku telah mula berada di perkarangan halaman rumah.   Menyedut udara yang bersih dan terasa begitu segar sekali.  Dari jauh aku lihat seekor labah-labah sedang menenun sarangnya dengan tekun.  Tanpa aku sedari, embun telah mula kering dari ujung daun bererti matahari telah mula memperlihatkan diri. 

        Labah-labah tetap tekun dengan tanggungjawabnya menenun sarang untuk kekasih hatinya yang kelak menghuni bersama.  Bahagia pasangannya kelak apabila cintanya beralas dengan seluruh keikhlasan.  Ketekunannya menenun dari sekecil tapak tangan ku, sehingga sebesar dulang melingkari reranting pohon mawar.  Labah-labah terus menenun dengan tekun tanpa menghiraukan aku sedang memerhatikannya.  Berkilauan bebenang sarangnya apabila dipanah oleh cahaya matahari yang mula menyeri pagi.  Beberapa helai daun kering berguguran dari atas pohon apabila ditiup oleh angin yang molos.  Ada di antaranya yang jatuh ke atas ribaan ku dan ada juga yang tersangkut di sarang labah-labah itu.

         ” Aduhai daun yang kering, akhirnya kau jatuh juga tetakala angin menerjah, biar pun kau tidak ingin untuk jatuh menyembah tanah ”,  bisik hati kecil ku.

        Angin tetap setia dengan sang penciptanya dan terus berhembus lembut menepis huraian rambut ku membuatkan aku terus khayal kembali jauh ke alam silam ku.  Matahari terus berbakti menjelajah seluruh benua dengan sinarnya.  Aku tetap tidak berganjak terus terpaku duduk di bawah pohon kemboja bersebelahan dengan pepohon mawar.  Perasaan ku hambar, sepi, kosong dan tidak mengerti apakah sebenarnya yang sedang aku cari dan lalui.

        ” Sayang, kenapa masih di situ, hari dah panas membahang, masuklah ke dalam ”,  kedengaran suara Malik suami ku, dari atas rumah.

        Aku tidak menjawab, hanya membiarkan saja suaranya di bawa angin lalu.  Aku terasa bahu kiri ku di sentuh, aku lihat Malik telah berada di sisi ku.  Terpamir di bibirnya senyuman yang penuh dengan keikhlasan.  Terasa kaku bibir ku untuk membalas senyumannya kerana aku tahu senyuman ku tidak seikhlas senyumannya.  Aku membiarkannya tersenyum kerana Malik yang ku kenali memang murah dengan senyuman.  Malik menghampiri ku dan melabuhkan dirinya di sisi.  Aku menjarakan diri darinya, seolah-olah dia bukanlah suami ku.  Tuhan, aku tidak dapat menghargai kasih dan cinta suci dari suami ku senidiri. 

        ” Dari tadi abang perati, Salina tidak berganjak pun duduk di sini, kenapa? ”  soal Malik kepada ku.

        ” Rasa tenteram di sini, ada angin yang bertiup, di kiri-kanan ada bunga-bunga mawar yang sedang berkembang, membuat hati Salina leka, bang ”,  balas ku.

        ” Semuanya yang ada di sini sungguh menghiburkan, tapi hati ini belum juga dapat meleraikan perasaan dari segala gundah ”,  kata ku lagi.

        ” Adakah sesuatu yang abang perlu tahu? ”,  tanya Malik sambil tangannya mengusap rambut ku.

         ” Tak ada, sekadar masih mencari sesuatu yang kadang kala membuat hati masih jauh dan keliru”,  jawab ku.

         ” Kalau ada sesuatu yang boleh abang kongsi bersama, abang sedia mendengarnya ”,  kata Malik lagi.

         ” Tak ada apa-apa ”,  balas ku singkat.

        ” Tapi abang tengok macam ada sesuatu yang tak kena,  ceritakan saja, mana tau abang boleh menolong? ”  tanya Malik, penuh rasa ingin tahu.

        ” Perasaan saja, kerana untuk menjadikan diri seorang isteri mithali agak terbeban di dalam hati ”,  jawab ku.

        ” Kita masih banyak masa untuk mempelajari dan mengubah diri dari sendiri kepada berpasangan seperti sekarang ini.  Kita perlu saling bantu membantu dan saling memahami.  Dari situlah kita akan dapat membina dan menyatukan hati yang sering gundah.  Abang sedia membantu dalam apa saja demi isteri abang yang sangat abang sayangi ”,  kata Malik seakan berbisik.

       ” Terima kasih bang ”,  jawab ku.

         Malik menggengam jari jemari ku.  Aku dapat rasakan, keikhlasan lahir dari  hangat gengamannya.  Tidak ada ayat yang boleh ku katakan lagi.  Mati seluruh suara hati ku bila berhadapan dengan seorang suami persis Malik.  Pandangan ku masih tepat ke arah labah-labah yang masih tekun menenun sarang.  Tanpa ku sedar daun-daun kering berserakan di atas ribaan ku.  

       ” Marilah kita masuk ke dalam, disini dah mula panas ”,  Malik bangun sambil menarik tangan ku.

       ” Nantilah, Salina ingin melihat labah-labah itu menyiapkan tenunan sarangnya sehingga habis.  Suatu perkerjaan yang sungguh mulia dan menakjubkan dalam kehidupan ini ”,  pinta ku pada Malik dengan lembut.

        ” Ya lah, labah-labah tidak pernah jemu menenun sarangnya dengan segala keikhlasan demi pasangannya kelak ”,  Malik berkata sambil menarik nafas yang panjang.

         ” Marilah masuk, kita sarapan dulu, selepas minum kita boleh lihat apa-apa saja di sini ”,  pujuk Malik kepada ku.

        ” Tidak ada selera lah bang ”,  jawab ku.

         Malik menarik nafas hampa, mungkin kecewa dengan jawapan ku.  Ku terasa  lembut nafasnya kembali mengenai pipi. 

         ” Ok, abang masuk dulu, jangan lama-lama di sini, matahari dah lama berada di atas ”,  usik Malik sambil tersenyum dan terus masuk ke dalam rumah.

         Leganya rasa hati ku apabila ditinggalkan berseorang begini.  Pandangan ku masih tertumpu pada labah-labah disamping terus menyambung kenangan lalu bersama mu kasih. 

         ” Mengapakah kau tidak setekun labah-labah itu apabila menyulam cinta kita kasih.  Kau robohkan segalanya hanya kerana kesalahan ku yang aku sendiri tidak pasti ”,  keluh hati ku.

         ” Dimanakah dikau sekarang kasih, tidakkah kau tahu, aku kini telah menjadi seorang isteri, sedangkan hati ini masih berpaut di hati mu ”,  hampir saja air mata ku berderai disaat mengingati mu.

         ” Sayang, masuklah hari sudah semakin panas ni ”,  suara Malik mematikan lamunan ku.

         ” Jangan berpanas, pening kepala pulak nanti ”,  Malik berkata lagi.

         ” Yalah.  Salina masuk ni ”,  gumam ku.

         Akhirnya aku akur dengan permintaan Malik.  Aku bangun dengan begitu malas sekali.  Dalam hati ku masih lagi bercelaru, tidak lagi dapat menyerasikan diri sebagai seorang isteri terhadap sahabat baik ku sendiri.  Ya Allah, mengapakah perasaan ini begitu berat sekali.  Hampir setiap hari setelah diri ini bergelar isteri, aku akan habiskan masa dengan duduk di bawah pohon seperti ini.  Tanpa menjalankan tanggungjawab ku terhadap rumah tangga sepertimana yang dilakukan oleh isteri-isteri yang lain.  Ya Allah, siapakah sebenarnya diri ku ini.  Dan apakah yang ku cari di dalam kehidupan ini.

        Rasa berat kaki ku melangkah ke dalam rumah.  Terdengar Malik dan ibunya sedang berbual sambil bersarapan.  Perbualan mereka amat jelas kedengaran.  Aku menghentikan langkah dari terus mendapatkan mereka. 

       ” Dah jadi isteri orang, kena ubahlah cara kehidupan, jangan terbawa-bawa cara masa anak-anak dara dulu.  Dulu lain sekarang dah jadi isteri tentulah kena berubah.  Kalau tak berubah, susah nanti kau Malik, cuba nasihatkan si Salina, jangan terus menerus dengan tabiatnya yang suka duduk bermenung di bawah pokok kemboja tu ”,  terdengar ibu mertua ku berbual bersama Malik suami ku.

       ” Biarlah dulu mak, baru sangat lagi, mungkin masih dalam suasana menyesuaikan diri.  Mak janganlah bimbang, tak lama lagi berubahlah dia ”,  balas Malik.

        ” Mana barunya, dah masuk lima bulan korang mendirikan rumahtangga.  Mak tengok Salina masih macam itu juga, tak seperti isteri-isteri orang lain ”,  kata ibu mertua ku tidak puas hati dengan perilaku ku selama ini.

        ” Insyaallah mak, esok lusa berubahlah tu ”,  jawab Malik lagi.

        ” Harapan mak memanglah macam tu,  semua mak di dunia ni inginkan anak-anak mereka hidup bahagia, punyai rumah tangga dan anak-anak, kalau selamanya Salina macam ni, jangankan anak kau dapat, pecah belahlah nanti jadinya ”,  leter ibu mertua ku lagi.

        ” Janganlah mak cakap macam tu, setiap ucapan dari mulut seorang ibu itu seperti doa mak ”,  jelas sekali suara Malik berkata begitu.

        ” Mak ni sekadar ingatkan kau je Malik, kita tak tahu apa masalah Salina tu.  Mak yakin si Salina tu macam ada masalah ”,  kata ibu mertua ku lagi.

        “ Insyallah mak, nanti Malik tanya Salina, mak janganlah risau, cuma Malik harap doakanlah rumah tangga kami yang masih merah ni terus berkekalan sehingga ke akhir hayat kami ”,  aku pasti Malik mula rasa terbeban dengan semuanya ini.

        Aku membatalkan niat untuk turut sama bersembang dengan mereka.  Aku membawa diri ke bilik jauh dari perbualan mereka.  Biarlah mereka berdua beranak bersembang semahu-mahunya.   Perasaan ku diburu rasa  bersalah apabila teringat kata-kata ibu Malik sebentar tadi.  Aku sedar yang aku tidak menjalankan tanggungjawab ku sebagai seorang isteri dan sengaja mengabaikan rumahtangga ku.   Aku hanya mengikut perasaan yang mungkin juga dari hasutan syaitan supaya aku terusan  mencari sesuatu yang tidak mungkin akan ku temui lagi.   Kasih, mengapa engkau begitu utuh di dalam hati ini.  Aku tidak boleh melupai mu biar di saat aku telah bergelar seorang isteri.  Penantian apakah semuanya ini, tuhan..


          Dalam penantian yang tiada sempadan, dalam kehambaran aku melihat kau tersenyum dan menghulurkan tangan mu.  Lalu kau mendakap ku dengan cinta mu yang hangat mewangi.  Kita berlari menuju ke sebuah danau yang di dalamnya ada rimbunan pepohon menghijau.  Aku benar-benar rindu pada mu duhai kasih.  Kau berlari menyelusuri danau dicelah-celah rimbunan pohon mawar yang mewangi.  Aku mengejar mu dan terus mengejar mencari di mana kamu bersembunyi.  Lama aku mencari mu di segenap taman dan di segenap danau.  Kau tidak ku temui lagi.  Aku menangis semahu-mahunya sambil memanggil-manggil nama mu.  Dalam suasana yang serba samar itu, aku terasa tanggan ku kau sentuh.  Ku lihat kau menghampiri ku. 

       ” Mengingau siang hari ni, apa yang menganggu perasaan mu sayang? ”,  aku terdengar ada suara yang begitu hampir pada ku, dikaukah kekasih?.

       ” Aku tidak bermimpi kasih, aku benar-benar melihat kau ada bersama ku sebentar tadi ”,  bisik hati ku yang tidak dapat ku ucapkan.

       ” Seolah ada sesuatu yang amat berat ditanggung.  Beritahu pada abang, boleh kita atasi bersama ”,  suara itu ku dengar lagi.

       ” Kenapa dengan diri mu sayang? ”  suara itu bertalu-talu memenuhi ruang telinga ku.

         Aku terasa ada sesuatu yang menitis di kelopak mata ku.  Titisan itu terasa  hangat.  Diri ku didakap dalam getaran esak tangisan dari seseorang.   Perasaan ini seperti bersatu, lalu aku juga terasa air mata ku mengalir dengan sendirinya.

         ” Ahhhhh, bermimpikah aku? ”  bisik hati kecil ku yang masih di kaburi perasaan terawang-awang, mencari sesuatu yang tidak pasti.

         Ku buka mata dan terasa diri ini berada didalam dakapan seseorang.  Aku rasa ada air yang mengalir di matanya dan dia merenung ku dengan matanya yang berkaca.  Dia tersenyum dan mengucap syukur kerana baginya aku telah tersedar dari mimpi.  Senyumanya yang ikhlas serta wajahnya yang tenang, tidak dapat mengubat hati ku yang sarat merindu.  Kau bukan kekasih ku, aku tidak merindui senyuman mu.   

        ” Apa masalah yang begitu berat ditanggung, sayang? ”,  Suara yang tidak asing di pendengaran ku.

        Ku lihat jauh sinar mata orang yang berada di sisi ku, ada kejujuran di kerdipan matanya.  Mata kami bertentangan dan perasaan ku tiba-tiba dihujani dengan rasa terharu.  Aku menangis semahu-mahunya beralaskan dadanya. 

       ” Sudahlah jangan menangis lagi, segalanya akan berakhir seandainya sayang telah benar-benar ikhlas menerima abang.  Abang reda dengan semuanya ini ”,  selewat ini, suara inilah yang sangat akrab dipendengaran ku. 

       Seperti di panah petir aku bingkas jaga dari lena dan mimpi yang panjang.    Aku mula menangisi nasib diri di alam yang nyata.  Perasaan berdosa terhadap Malik suami ku mula mengamit jiwa.    Aku mula sedar dari segala mimpi-mimpi indah yang tidak mungkin dapat ku gapai.

        ” Maaf, maaf kerana menyusahkan abang ”,  rintih ku.

        Sisa-sisa sendu masih ada di dada yang masih tetap bergetar dengan segala mimpi.  Aku dibelai dengan seribu kasih sayang dari seorang suami.  Sedangkan kasih sayang ku masih terawang-awang, belum ketahuan arah tujunya. 

        ” Maafkan Salina bang, maafkan Salina ”,  hati terasa sangat bersalah terhadap Malik.

        ” Tidak ada apa yang abang nak maafkan, Salina tidak bersalah, sebaliknya abang yang minta maaf kerana mungkin sebentar tadi Salina telah terdengar apa yang abang dan mak bualkan.  Itu semua adalah salah faham kerana mak tidak memahami situasi kita sekarang.  Salina kena faham ”,  Malik suami ku, terasa seolah aku berkecil hati terhadap perbualannya bersama ibunya.

        ” Tidak pernah berkecil hati, apa yang mak perkatakan tu semuanya benar ”,  jawab ku masih di dalam sendu.

        Dimanakah akhirnya bahtera kehidupan ku tersadai demi untuk menuju sebuah pelabuhan yang damai.  Dapatkah aku menjadi isteri Malik dengan ikhlas dan memberinya cinta ku yang telah tiada. 

       Semenjak dari hari itu, rasa hambar ini ku jinakkan dengan ilusi penulisan.  Kadang kala hasil pena ku terlahir di dada akhbar dan majalah tempatan.  Terhibur apabila rasa hati dapat ku semadikan di atas kertas putih titipan dari sebuah mesin taip tua yang tidak pernah jemu menemani ku.  Bila hati kian retak, akan ku lunaskannya bersama tinta dan ku catitkan di atas kertas tanpa warna dengan bait-bait puisi dengan erti penghilang rasa sepi di hati.   Lalu terhasil sebuah nukilan rasa yang cuba menepis segala gundah dijiwa.


Tunas bunga ku:

Bila bunga-bunga kian layu
Kelopak Kering kusam berdebu
melayang jatuh ke hujung perdu
terhempas luka di dada waktu.
Malam gersang gelita membisu.
tanpa bulan sarat merindu.

Bila bunga-bunga kain layu
Kumbang jalang undur berlalu
Tertutup hatinya tanpa mengaku
Pernah menyeri madu bertalu-talu
Pernah terbang seiringan meniti waktu
Untuk mencatat cinta nan berlagu
Menyanyi bersama berirama merdu.

Bila bunga-bunga kain layu
Gelita malam sembah menyusun
Mencari cinta dari tinta sang bayu
Di bawah beningnya titisan embun
Menanti siang memeluk rindu.

Bila bunga-bunga kian layu
Terdampar kering sepi membisu
Berserakkan menuruni lembah nan berliku
Menanti hari setia menongkah waktu.

Kini kudup mula tunas kembali
Walau sukarnya di celahan tajamnya duri
Calarnya hanya sebuah ilusi
Menimba keringnya kemarau di hati
Agar gersangnya bisa bongkar kembali.

Doa ku...
Bunga-bunga bisa kembang kembali
Bertatih menyeri dengan sinar sang mentari
Terbuang sudah segala kebejatan di hati
Biar usia kian rakus memamah diri.

Salina




Bab 26
Perubatan.

         Entah mengapa, aku telah dipaksa oleh ibu mertua ku pergi membuat rawatan di sebuah Pusat Perubatan Tradisional.   Malik terpaksa akur dengan permintaan ibunya. 

        ” Bawak si Salina tu berubat.  Mak rasa ada yang tak kena budak tu.  Esok kita ke Desa purnama, berubat.  Buang segala hantu-hantu yang selalu mengusik hati korang tu ”,   kata ibu mertua ku sejak dia mengetahui yang aku selalu mengigau di dalam tidur.

        ” Rasanya tak ada apa yang nak di ubatkan mak.  Biasalah orang tidur kan kadang bermimpi dan ngigau.  Itu kan adat orang tidur mak ”,  jawab Malik menolak cadangan ibunya untuk membawa aku berubat.

        ” Alah, orang lain pun tidur jugak.  Tak adalah macam isteri kau tu.  Asal tidur siang je, mesti mengigau.  Ni mesti ada yang tak kena ni “,  kata ibu mertua ku lagi.

       Di Pusat Perubatan Tradisional tersebut, aku dibawa masuk ke dalam bilik rawatan.  Sewaktu membuat pendaftaran, aku dan Malik telah di beri dua biji telur ayam kampung setiap seorang.  Kami diminta agar mengoles-goleskan telur ayam kampung itu ke tempat yang selalu berdebar atau yang sedang sakit.  Aku hanya menurut seperti yang telah diterangkan oleh seorang pemuda yang berwajah sopan.

       ” Oleskan telur tu ke tempat yang terasa sakit atau yang rasa berdebar”,  kata pemuda yang berwajah sopan itu.

       Aku hanya menurut seperti yang disuruh.  Tidak berapa lama, tiba giliran ku untuk membuat rawatan.  Aku, Malik dan ibu mertua ku masuk ke dalam bilik rawatan.  Di dalam bilik rawatan itu terdapat beberapa barang yang agak ganjil seperti sebuah balang kaca di dalamnya ada segumpal kain dan batu-batu kecil.  Hati ku tiba-tiba berdebar, entah mengapa tidak ku ketahui.  Bagi ku Malik tidak seharusnya menuruti kehendak ibunya ke Pusat Rawatan itu. 

       ” Kenapa Makcik? ”,  tanya salah seorang pemuda lain yang ada di situ.

       ” Ini ha, anak menantu makcik, selalu mengigau yang bukan-bukan kalau tidur.  Macam ada yang menganggu agaknya ”,  jawab ibu mertua ku.  Tergambar di wajahnya ada kebenaran dalam jawapannya itu.

       ” Oo, kakak ni? makcik dan abang ni tak mahu buat rawatan sekali ke? ”  tanya pemuda itu lagi.

       ” Tengokkan isteri saya dululah ya ustaz ”,  kata Malik.

       ” Tadi, dah oleskan telur di tempat yang sakit? ’,  tanya pemuda yang dipanggil ustaz oleh Malik.

       ” Sudah. ”,  Jawab ku ringkas.

       ” Beri pada saya telur tu ”,  kata ustaz itu lagi.

       Aku menghulurkan sebiji telur yang telah ku oleskan ke dada dan tangan ku.  Pada ku, tiada tempat yang ku rasa sakit kecuali sering merasa berdebar di dada.

       ” Ni paku, kalau saya cucukkan ke tapak kaki kakak.  Kalau rasa sakit, akak cakap ya? ”  sambung ustaz itu lagi.
    
        Sementara seorang pemuda lain mengambil telur ku tadi dan meletakkannya ke atas sebiji pinggan. 

         ” Makcik dan abang, boleh tengok apa yang ada di dalam telur ni bila saya pecahkan.  Bismmillahirohman hirohim ”,  sebut pemuda itu.

        Malik, ibu mertua ku dan aku sendiri, menunggu dengan debar apa yang akan keluar dari dalam telur yang baru di pecahkan itu.

       ” Makcik, abang,  tengok ni.  Ada jarum yang hampir karat di dalam telur tadi.  Nampaknya ada tiga batang jarum ”,  kata pemuda itu lagi.

       Sementara paku yang di cucukkan di telapak kaki ku semakin kuat di tekan oleh pemuda yang di panggil ustaz oleh Malik.  Bila terasa sangat sakit di perbuat begitu, aku menjerit kesakitan.

        ” Adoh!!, sakitlah ”,  jerit ku keranan kesakitan.

        ” Ok, kalau sakit bermakna akak ada yang tak kena di dalam badan.  Mungkin sakit di bahagian jantung, atau paru-paru ”,  kata pemuda yang dipanggil ustaz itu.

        ”Ah ? ”,  serentak aku, Malik dan Ibu mertua ku terkejut.

        ” Ya.  Kalau tidak menghidap apa-apa penyakit di dalam badan, biasanya apabila di cucuk dengan paku di tapak kaki, orang itu tidak akan merasa sakit.  Tapi kakak ni menjerit kerana sakit ”,  ujar pemuda yang di panggil ustaz itu lagi.

        ” Oo.  Apa kena mengena pulak dengan telur yang ada jarum dalamnya tu? ”  tanya ibu mertua ku.

        ” Jarum yang keluar dari telur ni menandakan, akak terkena sihir.  Samada sihir itu sengaja di hantar atau akak terlanggar sihir orang lain ”,  jawab pemuda itu.

        ” Saya pecahkan telur yang abang punya pulak ya”,  kata pemuda yang mencucukkan paku ke tapak kaki ku.

        ” Ha bang, abang pun sama juga.  Ada jarum yang hampir karat ”,  kata pemuda tadi dan menunjukkan pinggan berisi telur yang telah di pecahkan.

         ” Ni maknanya keluarga abang terkena sihir !”,   sambung pemuda itu lagi.

         ” Ah?”  serentak aku dan Malik terkejut yang teramat sangat.

         ” Kena sihir? ”,  tanya ku serentak.

         Ibu mertua ku hanya duduk memerhati apa yang di lakukan oleh pemuda yang di panggil ustaz itu.  Sesekali wajah ibu mertua ku berkerut seolah-olah menginggati sesuatu.

         ” Siapa yang menghantar sihir tu ustaz? ”  tanya ibu mertua ku.

         ” Tak semuanya sihir itu di hantar oleh seseorang.  Mungkin juga mereka berdua ni terkena sihir sewaktu berjalan atau kemana-mana.  Mungkin mereka terlanggar sihir yang di tujukkan kepada orang lain.  Bila telanggar, diri pulak lemah, maka jadilah sihir tu kepada orang yang melanggarnya ”,   Terang pemuda yang di panggil ustaz itu. 

         ” Kakak ni pulak, mungkin ada sesuatu yang menyebabkannya sakit di dada atau ada gangguan pada fikirannya.  Sihir ni adalah perbuatan jin yang jahat, makcik.  Tapi insyaallah, dengan izin Allah, akan beransur pulihlah tu nanti ”,  jelas pemuda yang di panggil ustaz itu lagi.

         ” Apa ubatnya? ”  tanya ibu mertua ku dengan wajah yang berkerut.

         ” Ubat tertentu tak ada makcik, tapi kenalah banyakkan beramal, berzikir dan jangan tinggalkan solat lima waktu ”,  kata pemuda itu lagi.

         ” Boleh baik ke?”  tanya ibu mertua ku lagi.

        ” Tak usah bimbang makcik.  Kalau kita selalu ingatkan Allah dan beramal kepadanya dengan ikhlas, Insyaallah, hati akan tenang dan segala jin pun takut nak mengacau ”,  kata pemuda yang di panggil ustaz itu.  Kali ini dia tersenyum lebar dengan mata melerik ke arah ku.

         ” Akak, apa yang selalu akak igaukan? Atau ada ke mimpi-mimpi yang menakutkan? ”  tanya pemuda yang di panggil ustaz itu pada ku.

         ” Biasalah ustaz, kadang tidur tu mimpi, mimpi kadang menakutkan, kadang menghiburkan.  Hanya mimpi je ustaz ”,  jawab ku bersahaja.

         Pemuda yang dipanggil ustaz itu tersenyum mendengar jawapan dari ku.  Malik juga tersenyum dengan tangannya memegang tangan ku. 

         ” Kalau tak ada apa-apa lagi yang perlu, saya minta diri dulu ya ustaz”,  ujar Malik sambil bangun dan memimpin tangan ku.

         ” Ni, ada air dan tujuh biji limau.  Bila nak mandi, perahkan air limau ni untuk satu baldi.  Air ni untuk minum dan membasuh muka ”,  terang pemuda yang di panggil ustaz itu.

         ” Oh, terima kasih ya ustaz ”,  kata ibu mertua ku. 

         ” Kalau masih sama juga tak berubah, mengigau waktu tidur atau badan tak sihat, fikiran rungsing, minggu depan datanglah lagi.  Kita tengok dulu, mana tau, lepas ni akak dan abang beransur baik. ”,  Kata ustaz itu lagi.

         Setelah memberi salam kepada pemuda yang di panggil ustaz dan rakannya, aku mendahului Malik dan ibu mertua ku keluar dari bilik rawatan.   Terasa sesak dada ku berada di bilik rawatan itu, kerana tidak tahan dengan bau wangi yang menyusuk hidung.   Dari luar bilik rawatan ku lihat Malik dan ustaz sedang berbincang.  Kemudian aku lihat Malik menghulurkan wang lima puloh ringgit kepada ustaz itu. 

        ” Tak ada bayaran bang.  Saya ikhlas.  Semua yang datang buat rawatan di sini, tak perlu membayar apa-apa.  Cuma kalau abang nak bersedekah untuk Pusat Rawatan Desa Purnama ni, masukkan duti tu kedalam kotak di luar sana”,  kata pemuda rakan kepada ustaz, sambil menuding jari ke arah sebuah kotak yang lutsinar.  Di dalam kotak itu terdapat banyak wang kertas.

        ” Oh, oklah ya ustaz, kami minta diri dulu.  Terima kasih ”,  ujar Malik, keluar menuju ke kotak yang di maksudkan lalu memasukkan sejumlah wang ke dalamnya. 

        Di dalam perjalan pulang, ibu mertua ku, Malik dan aku seperti sudah kehilangan suara untuk berkata-kata.  Kami bertiga melayan perasaan masing-masing.  Sesekali ku lihat ibu mertua ku tersengut-sengut tertidur mungkin letih kerana Pusat Rawatan Purnama itu agak jauh dari daerah ku.  Masih terngiang-ngiang di telinga ku penerangan ustaz di pusat rawatan itu.  Mungkin kerana kejahilan dalam diri, maka sedikit sebanyak yang di katakan ustaz itu, kurang menyakinkan aku.  Mengapa di dalam telur terdapat jarum yang hampir karat?  Adakah perubatan secara Islam memerlukan telur, paku dan limau.  Aku tidak dapat jawapan dari semuanya itu kerana bagi ku, aku bukanlah sakit atau menderita kerana sihir.  Aku hanya tidak dapat melupakan sesuatu yang sangat sukar untuk ku lafaskan.   Sehingga dalam tidur,  terbawa-bawa rasa cinta pertama ku yang telah lama patah dan kecundang. 

        Ibu mertua ku telah menyediakan sebesen air bercampur dengan perahan limau.  Melihat yang sedemikian, aku merasa terharu kerana keperihatinan ibu mertua ku.  Diri terasa bersalah. 

       “ Salina, air mandi dah mak siapkan.  Dah boleh mandi sekarang”,  ibu mertua ku memanggil ku dari bilik air dapur.

      “ Baik mak, kejap lagi.  Salina sedang bersiap ni”,  jawab ku.

      “ Bila air ni terkena mata, pedih pulak nanti “,  kata ku sendirian.

       “ Alah, dah tua bangka, tak kan mandi pun boleh terpedih mata.  Lainlah kalau kau rendam mata ku tu dalam besen”,  sergah ibu mertua ku dari belakang tanpa aku sedari.

       “ Biar mak yang jiruskan ke badan kau.  Kau duduk sini dan pejamkan mata.  Takut sangat pedih”,  kata ibu mertua ku sambil tangannya menceduk air dari dalam besen.

       “ Eh, tak apalah mak.  Salina boleh mandi sendiri “, kata ku.

       “ Tak apa.  Ni bukan mandi biasa.  Ni mandi kerana berubat”,  pantas kata ibu mertua ku sepantas tangannya menjirus air ke atas kepala ku.

        “ Ni mandi, baca selawat.  Biar lari semua benda-benda halus dari badan kau.  Mudah-mudahan lepas ni kau dah tak meracau-racau lagi bila tidur “,  kata ibu mertua ku lagi.

        Aku tidak menjawab kerana mulut ku tidak dapat terbuka kerana bertalu-talu air melewati hidung dan mulut ku.  Termengah-mengah aku mencuri nafas dari curahan air mandian dari ibu mertua ku.

        “ Emak ni bukan apa Salina.  Mak ingin kau dengan Malik hidup bahagia.  Hidup macam pasangan suami isteri yang lain.  Apa saja yang boleh membantu untuk kau bahagia, mak akan lakukan “,  sayup-sayup terdengar suara ibu mertua ku.

       “ Terima kasih mak..”,  gumam ku dengan mengetap bibir.

       “ Dah selesai mandi nanti, kau minum air yang ustaz tu beri semalam”,  kata ibu mertua dan meninggalkan aku sendirian di dalam bilik air.

       Aku mengosok-gosok kedua belah mata.  Membuang segala serabut limau yang hinggap di rambut dan badan ku. 

       “ Bodohnya aku, tak pasal-pasal kena mandi air limau hari ni”,  bisik hati ku.

       “ Dah siap mandi tu cepat-cepat masuk.  Tak payah kemas besen tu.  Biar mak yang kemaskan.  Serpihan limau tu mak nak tanam!”,  terdengar ibu mertua ku berkata-kata dari luar dapur.

       Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata.  Hati tetap berdebar seperti selalu.  Terasa panas seluruh badan.  Malik di sisi ku, telah lama berdengkur mungkin juga telah bermimpi bertemu dengan bidadari. 

     

      




    



     


ahahaha:..appyyy

ahahaha:..appyyy
THomes?....i'm Jerry...hehehehe