Halaman 1
Tajuk: HUDI
DAN PUTERI SUNGAI PINGGAN ( 7-9 tahun)
Halaman 2
Seperti yang telah
diceritakan oleh seorang penduduk, di hujung kampung itu terdapat sebatang
sungai. Airnya yang bersih, menjadi sumber
kepada penduduk kampung pada suatu ketika dahulu. Berhampiran dengan sungai, tinggal seorang
budak lelaki bersama ibunya. Budak
lelaki itu bernama Hudi. Setiap hari
Hudi menolong ibunya mengambil air di
sungai.
Halaman 3
Satu hari, Hudi
berasa sangat letih. Kepalanya terasa sakit
dan penglihatannya kabur. Dia pulang ke
rumah dengan keadaan terhuyung-hayang.
Halaman 4
Tiba-tiba
dia tergelincir lalu jatuh ke lantai.
Baldi air yang dibawanya tercampak ke arah pinggan-pinggan.
Halaman 5
(gambar / lukisan, tak ada text)
Halaman 6
Semua pinggan
pecah. Hudi rasa bersalah. Ibunya juga berasa sedih kerana semua pinggan
telah pecah. Mereka tidak mempunyai
pinggan lain untuk mengalas makanan.
Halaman 7
(gambar / lukisan, tak ada text)
Halaman 8
Hudi telah dimarahi
ibunya. Hudi berasa sedih lalu lari ke
sungai. Dia membawa sebatang seruling
dan sebuah baldi. Dia duduk di pinggir
sungai sambil meniup seruling buluhnya itu.
Selepas meniup seruling buluh, Hudi pun menyanyi untuk menghiburkan
hatinya.
”Oh
air, oh air
Warna mu biru
Tenang hati ku
Mendengar kocakkan mu”
Hudi menyanyi dan
meniup seruling berselang-seli. Hatinya berasa
terhibur apabila dia bernyanyi.
Halaman 9
Tiba-tiba
dia terdengar bunyi seperti guruh dari dasar sungai.
“ Groom!” Hudi berhenti bernyanyi. Dia meninjau ke air sungai
dengan hati yang berdebar.
” Apakah yang berbunyi itu? ” bisik Hudi sendirian.
Halaman 10
Tidak lama kemudian,
air sungai berkocak. Angin bertiup
perlahan. Burung-burung bersiulan dan
berkicauan. Kupu-kupu berwarna warni
berterbangan ke sana ke mari. Ada yang
berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Masing-masing
seperti sedang menunggu sesuatu di permukaan air.
Halaman 11
Hudi meninjau ke air
sungai lagi. Kocakkan air semakin kuat. Sekoyong-koyong, seorang puteri timbul ke permukaan air. Puteri
itu sangat cantik. Rambutnya panjang
mengurai dan ada sekuntum bunga raya terselit di rambutnya
” Puteri sungai!”, Hudi menjerit.
Dia terpegun melihat
kecantikan puteri itu. Dia tidak pernah
melihat seorang puteri secantik itu.
Halaman 12
Air sungai berhenti berkocak. Burung-burung
tidak lagi bersiulan dan berkicau.
Kupu-kupu tidak lagi berterbangan.
Puteri sungai yang cantik itu
terapung-apung di permukaan air.
“Wahai budak yang baik, janganlah
engkau bersedih. Aku akan menggantikan
pinggan-pinggan yang pecah itu dengan yang baru”, kata puteri sungai sambil memandang ke arah Hudi. Hudi
berasa sangat gembira mendengar kata-kata puteri sungai itu.
” Di manakah pinggan-pinggan
itu wahai puteri sungai?” Hudi memandang sekeliling. Dia tidak sabar untuk melihat pinggan-pinggan
baru itu.
Halaman 13
” Tiuplah seruling buluh
mu. Pinggan-pinggan akan keluar dari
dasar sungai apabila mendengar alunan seruling buluh mu itu”, jawab puteri
sungai sambil tersenyum.
Hudi pun meniup
seruling buluhnya lagi. Tidak lama
kemudian, Hudi terdengar seperti sesuatu sedang berlangaran dari dasar
sungai.
” Klentang-klenting,
klentang-klenting!” Banyak pinggan
terapung-apung ke permukaan air dan berpusing-pusing seperti sedang menari lalu
masuk ke dalam baldi. Hudi meniup
seruling buluhnya lagi. Puteri sungai turut
menari sambil menyanyi.
”Oh Air, oh air,
Warna mu biru,
Senang hati ku,
Mendengar kocakan mu”,
Air sungai beralun semula. Burung-burung pun bernyanyi. Kupu-kupu pula terbang ke sana ke mari. Mereka beryanyi bersama-sama.
Halaman 14
” Terima kasih puteri sungai, ibu ku tentu
gembira apabila melihat pinggan-pinggan ini”, kata Hudi. Selepas itu Hudi pulang ke rumah dengan
membawa pinggan-pinggan itu. Ibu Hudi
berasa sangat gembira.
Halaman 15
Semenjak hari itu,
Hudi sering ke sungai bertemu dengan
puteri sungai. Mereka bersahabat
baik. Namun, persahabatan mereka tidak
disukai oleh ayahanda puteri sungai kerana mereka dari dunia yang berbeza. Walaubagaimana pun, Hudi tetap ke sungai
setiap hari untuk mengambil air. Sebelum
pulang, Hudi akan meniup seruling buluhnya.
Puteri sungai terdengar alunan seruling buluh Hudi. Dia meminta kebenaran daripada ayahandanya
untuk ke permukaan air bertemu dengan Hudi.
Ayahanda puteri sungai membenarkan dengan syarat, pertemuan itu adalah
yang terakhir.
Halaman 16
Puteri setuju lalu ke
permukaan air bertemu dengan Hudi. Puteri
sungai menghadiahkan Hudi sebiji pinggan emas.
Sebagai balasan, Hudi telah menghadiahkan puteri sungai dengan seruling
buluhnya. Sejak dari hari itu, Hudi
tidak lagi bertemu dengan puteri sungai.
Namun, Hudi tidak pernah melupakan puteri sungai dan pinggan-pinggan
pemberiannya. Sehingga ke hari ini,
kisah hudi dan puteri sungai pinggan telah menjadi bualan mulut ke mulut. Sungai pinggan tetap kekal dengan airnya yang
tenang dan kisahnya masih diingati oleh penduduk kampung juga generasi hari
ini.
Semuga di perkenan oleh DBP...Ya Allah...sesungguhnya aku adalah hamba yg sgt lemah, keupayaan ku hanya pada apa yg ENGKAU telah anugerahkan...AMIN.








No comments:
Post a Comment