Jawa Tengah

Thursday, 5 July 2012

nisfu syabaan 15/1433

Nisfu syaban:
semuga bertambah akan kesedaran didalam diri yang semakin menerjah pergi meninggalkan kemudaan dan kesenangan duniawi.  mudah2an saja aku akan lebih peka kepada bekal2 yang bakal dibawa bersama didalam perjalanan yang jauh itu.  apakah bekalan yang bakal ku bawa kerana aku sentiase didalam keadaan yang alpa.  kemanisan kenikmatan keduniaan begitu memanggil-manggil.  sesekali hati menjadi ngeri apabila tersedar dari mimpi kehidupan ini yang aku tanpa apa2 bekalan yang bakal dibawa.   aduhaiiiiiiiiiii lah jiwa insan yang sering parah.  akulah yang rugi setiap hari tidak dapat mengisi kehidupan ini dengan sebaik-baik pekerti.

Nisfu syaban:
apakah yang telah tertulis dibuku yang telah dipulangkan keatas sana ya rabbi.  apakah yang telah terconteng tentang keanihan rutin kehidupan ku di hari yang lalu.  kini ada buku baru yang bakal ku penuhkannya dengan segala lukisan alam yang menawan.  tanpa ada corat coret yang tidak diinginkan.  wahai jiwa yang perihatin...sentiasa lah dikau sedar dan segar siap siaga untuk menangani gangguan bisikan2 hati yang parah. wahai jiwa yang tenang, dengarkan lah kepada ku sebaik-baik pendengaran akan bacaan2 yang berkemundang adalah dari pujian2 untuk mu ya Allah.  dikau yang maha pengampun, maha penyayang kepada hamba2nye malah maha mengasihani.

mudah-mudahan saja aku bertemu mu nanti bersama haruman yang bakal ku bawa bersama.  ya Allah, berikan lah aku petunjuk mu setiap masa dan detik.  jauhkanlah aku dari sebarang rasa yang tidak baik.  sejahterakan keluarga ku dan amankan roh2 kedua ibu bapa ku ahli keluarga ku yang telah pergi dahulu menemui mu sebelum aku.  biarlah jiwa ini nanti menurutinya dengan jalan yang terbuka.  amin.


No comments:

Post a Comment

ahahaha:..appyyy

ahahaha:..appyyy
THomes?....i'm Jerry...hehehehe