Jawa Tengah

Sunday, 1 January 2012

Ta hun BaRu..2012

tahun baru telah menemuii seluruh pelusukk duniawi.  usia telah berensut sehari demi sehari lagi.  hari2 yang lepas tidak akan kembali lagi...akan datang entah apa yang sedia meratah kesetiaan iman didalam diri.  diri yang sentiase kosong tanpe isi biar dicari.  entah dimana perlu diisi sekian nya itu.  tapi disini ade sedikit rasa kesejahteraann yang menyelinap disetandus hati.  bahagia itu telah menjulang segala keresahan yang kadang tanpa bertepi dan bertapi!
tiba-tiba je tahun semalam pamit sudah.  disape dan ditegur oleh tahun yang tiba-tiba je datang bertamu.  persis tidak percaye yang dunia ini dicengkami oleh tahun-tahun yang rakus berlari.  mencuit dan meresahkan rase diri insan-insan yang mudah terleka dan ungkalnya untuk memaling wajah kebelakang lagi.  teruskan lah bertapak agar kesejahteraan yang dimiliki tidak bisa pergi dengan pagaran iman dihati.  ingatlah, kematian itu semakin menghampiri jazad-jazad yang leka yang ianya hanyalah sekujur jazad yang kosoang andai jiwa telah dipanggil pergi.
hari ini telah menemui tahun yang baru, baru sekali diambang pintu hati.  masih lagi tersenyum kerana belum ada apa-apa yang menodainya lagi.  biar tahun ini manisnya akan dikecapi hingga keakar umbiinya diatas umbun2 kepala sang bayi sehingga menjangkau keusia senja hari.  harapan itu memanglah terlalu tinggi biar saja tangan2 kecil menjangkaunya sehingga disambut oleh tangan2 yang seribu kedutannya disana sini.

hari ini aku disini lagi
menanti dan menerima seadanya diri
terusan menampal kebocoran hati
mencorak baru diambang pelangi
menambah iman yang kian hilang pergi
agar jazad terhuni segala yang dihajati

hari ini aku disini lagi
masih bertatih biar telapak kaki tetap berduri
masih mencarik warna putih yang bisa menyeri
untuk kelangsungan hidup yang berpagar belati
kerna,
aku belum juga mengerti erti kehidupan yang hakiki
kerana beratnya kaki melangkah pergii...
biar ku toleh dan terus menoleh lagi
disaat-saat hari yang ku tinggalkan pergi
demi putaran alam ciptaan ilahi.

aku mungkin disini lagi
biar beberapa hari lagi,
biar beberapa tahun lagi...
pun mungkin beberapa abad lagi ?????....

hari ini dan,
esokkk mungkinkah akan ku temui ???


No comments:

Post a Comment

ahahaha:..appyyy

ahahaha:..appyyy
THomes?....i'm Jerry...hehehehe