Klik dan lihat...Kota Seluyut.
Tuai padi antara masak Esok usah layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan....
Jawa Tengah
Monday, 19 January 2026
HARI INI 20/1/26 Selasa
Melayan rasa, semakin hampir ke tebing usia.
Yg dihadap, semua memualkan belaka
Bagai tidak lagi mahu mengharap pada sesiapa
Terasa, kita cuma menumpang seketika sahaja.
Luah...agar tidak menjadi nanah
Mungkin benar apa yang terarah
Bukan sesaja berasa gundah
Memang, kadang memendam lebih baik dari menyeranah.
Aku, mula mengerti
Hidup memang begini
Muda disukai tua akan dibenci
Kerana itu memang fitrah diri.
Teruskan hanya dengan suka sendiri
Tidak menyakitkan hati-hati
Ini keputusan dari nurani
Mahu bermula dengan kiam malam hari.
Moga berhasil apa yang diimpikan
Moga dapat dilakukan
Untuk dipunggah sebagai bekalan.
👐👐
Subscribe to:
Comments (Atom)
ahahaha:..appyyy
THomes?....i'm Jerry...hehehehe