💓💓
31/12/2025
Tuai padi antara masak Esok usah layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan....
Hari ini 31/12/25 Rabu.
Makna hari ini hari terakhir 2025.
Suka, duka...itulah hakikatnya
Kita semua akan meninggalkan tahun2 bersama
Memetik kehidupan dengan kebenarannya
Anugerah untuk terus bernafas dgn udaranya...
Esok...tahun 2026.
Tahun yang tidak diketahui lagi apakah yang kita hadapi
Moga AllahSWT...sentiasa memberi rahmat dah kasih sayang kepada kita,
Hamba-hambanya.
Bye 2025.
Kenangan itu indah...2015.
Hari ini 22/12/25 isnin.
Masih juga di sini. Namun, hati sudah tidak war2 seperti sebelum. Byk perkara dirasai kecewa. Malas. Tak Kuasa. Dan....biarlah orang lain berlumba-lumba kerana...orang lain itu masih muda. Aku, tidak muda lagi...malah sudah melampaui ke tua bangka.
Tidak salah kalau aku menarik hal2 duniawi...lagi pun, byk hal aku rasa, lebih kepada kepolitikan. biarlah, ikut suke korang lah.
Jalan dunia, mungkin hanya 3/4 terbuka. Jalan menuju ke SANA 4/4 terbuka dan mungkin sudah berbau...angin tanah dan darah.
Alhamdullilah.