Isnin 20/10/24...
Berlangsung pada 9/10/24 hari Rabu.
Rezeki daripadaNya.
Simpan sini buat kenangan....seumur hidup.
Berlangsung pada 18/10/24 malam sabtu.
Di Sarawak. Hanya dapat melihat gambar.
Rezeki yang tak putus-putus.
Alhamdulillahhh.
Tuai padi antara masak Esok usah layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan....
Rabu. 25/9/24.
Cuma, menulis itu adalah terapi buat otak hati dan ketentuan fizikal.
Moga yang baik2 aje dapatnya.
Syukur lah...byk dapat kemenangan dan kemudahan buku2 untuk diterbitkan dan mahu diterbitkan.
2024.
Olahan sendiri terbitan DBP:
Herba Sakti Nenek
Jurang Kasih
Buaya Penjaga Sungai.
Mendapat tempat di Sayembara:
Menulis Novel kanak2- Bujal Budak Kampung (DBP Sarawak)
Menulis Cerita Rakyat Johor- Mitos Pulau Kukup (Yayasan Warisan Johor)
Karya diterbitkan:
Cerpen Aku Bukan Pengkhianat (Wadah)
Bakal Terbit:
Menulis Cerita Rakyat, Kampung Puteri Menangis (dalam semakan GAPENA)
Cik Pong Si kupu-kupu (dalam semakan PENA)
Buku antologi Anekdot (akan terbit)
ALHAMDULILLAH.
TERIMA KASIH, YA ALLAH.
28/8/24...Rabu...23 Safar 1446H
Sesekali menjenguh gubuk lama. Entah2 tahun depan semua kena sodok dgn belbloser. Katanya semua rumah2 spt ini rumah2 sesawang akan dikenakan lesen dan digantung kat hidung para cerdik pandai dalam negaranya.
semakin maju....semakin bodohz...semakin mahu hidup sendiri spt enau melepas pucuk masing2.
gambar juga lama....dah bersesawang...👀😅
Hari ini 16/7/24 bersamaan 10 Muharam 1446 H.
Setiap hari melanguk di tempat kerja. Projek sesak sejak2 ni. Kita bagai makan gaji bute yang celik.
Apakah kesudahannya ni. Kerja lagi atau tarik diri. Tunggu lagi dan lagi. Hujung tahun, mungkin ada berita sedih atau berita gumbira. Tidak nampak ada projek baharu datang dengan senyum simpul. Sunyi, khali...sepi, tidak ada yang mengusik hati.
Yok...buat sesuatu utk persediaan hidup2 di hari mendatang. Selagi hidup kan, bukan bererti kita lupa mati. Selagi hidup byk hal perlu dibiayai. Kalau sendiri tidak berusaha, korang ingat...rezeki datang bersama angin sepoi2 di subuh hari?...kalau ada pun, rezeki dapat menikmati kehidupan ini dgn nafas yang dianugerahi-Nya. Sihat dapat melihat alam sekeliling...Itu rezeki hidup. Cukup kah sekadar dgn rezeki anugerah itu, dan kita terus bersenang-senang tanpa mencari sandaran untuk terus menghargai pemberian itu.
Ramai saje yang sudah tidak lagi memikirkan akan sokongan utk hidup, sebab...mereka sudah tahu, ajal diorang sudah hampir?...Huh, hipokrit!!
😖
10/7/24....12.11 tghari
sambil makan keropok keras medodong...dapat tulis tulis dalam blog.
hari ni buat 2 posting ea...
kite load gamba2 aje lah............
Moga di tahun ini dan di tahun2 mendatang, byk lagi kemenangan2 yang diraih...Kalau itu memang rezeki kita...tak akan ke mana. Aamiin.
Andai tiada kemenangan...itu bukanlah rezeki kita...Allah maha pengatur.
10/7/24....RABU
Alahaiii...sudah 2024 ea.
Sangat lama tak jengah blog sendiri. Bila tengok blog orang lain, baru teringat ada blog sendiri....
Kata pun orang TUA, byk benda...byklah lupernye...😔 Kategori pun Baby boomer...dapat ini itu lesap...dapat sane sini dipekap.
yok...mengimarakan semula blog2...kalau dulu2 zaman perang manual, macam tulis dairy lah gitew. Eja dairy betul ke? ke dairi? 😂
kite loadlah sikit bahan2 sini kan...
****
Blog ni tak ade pun orang tgk sebenonye...teman2 kawan pun sema dah over the usia...sema dah malas nak membaca apelagi nak menyelusuri blog2 seperti ini. Mereka lebih suka dalam suasana RTM...kata seorang kawan tulahhh.
Dah malas nak bace2...dah malas nak mencari yang baharu dalam hidup. Maklum, umur pun dah di garisan merah.
Nota:
RTM = Rehat Tunggu Mati.
😂😂😂😂