Jawa Tengah

Tuesday, 29 May 2012

30/05/2012

mencuba nasiblah sok jumaat malam sabtu...ade jemputan dari rakan Rahimah Muda Jb...untuk menonton bangsawan di JOTIC....selepas magrib.  entahlah...memang rase teringin sangat nak pergi...sebenarnya nak jumpa sahabat Rahimah Muda Jb.

minggu lepas kecoh Mak Ngah sakit tiba-tiba.  kena angin?...kena sawan?...kesudahannya dari hospital pontian bergegas ambulance membawanya kehospital tun aminah jb.  sampai disana dikeesokan paginya, didapati pesakit sihat hanye mengalami lemah badan kerana terlalu menggunakan tenaga sewaktu berkeadaan 'sawan'...adakah itu sawan sebenar atau jadi2an yg dihantar oleh seseorang.

keputusan doktor mengatakan pesakit tiada gangguan sakit fizikal dalam medical.  lalu diarahkan kuar ospital pada ari rabu 23/05/2012...dengan membawa ubat pelali utk 'sawan'....

malam jumaat kita membawa Mak Ngah ke taman kangkar Pulai Baru..bertemu ustaz Said.  alhamdullilahh, katanya tiada apa2 dan keesokan harinya pesakit pulang kerumah dan ustaz said datang menjalani rutial pengubatan secara terapi Islam.  aku memohon kehadarat ilahi, agar semuanya ini akan berakhir.  kalau dulu, sewktu anak kecik2, semua orang pun bencii...susah hidup, menyusahkan jiran2 sekeliling...tanpa harta...namun, sekarang anak2 semua telah besar dan senang dipandang mata, orang2 juga kurang senang dan dengki akan semuanya itu.  tapi siapakah 'dia' yg dimaksukan itu...samada jiran dekat, seudara mara atau siapa?...semuanya tidak mengetahui...kecuali Allah memberi hidayah kepada pesakit didalam mimpinya akan ada bayangan orang2 yg tidak puas hati terhadapnya.  Insyaalahh...aku juge menunggu akan berita itu.

SIAPA KAH DIA ITU YG LUPA DIRI YG SUATU HARI NANTI DIA JUGA AKAN MATI  DAN AKAN MEMBAWA BERSAMA-SAMA DOSA2 ORANG YG TELAH DI IANYA...


semuga segalanya ini berakhir dengan bahagia seperti sediakala.  mudah2an si 'dia' itu sedar dan insaf dan bertaubat demi kehidupan kita yg tidak lama.

Wednesday, 23 May 2012

jarum, benang didalam teLLok

hari ni kamis, 24/05/12.  dua minggu berturut-turut kedesaputra...segalanya adalah ketentuan dari allah s.w dan kiter sebagai manusia hanye tergerak mengikut hati lalu melakukannya.

adik:...ade dua batang jarum yg agak masih berkilat.
ayah:  ade tiga batang dawai yg satunye telah berwarna itam dan keduanya lagi berwarna kelabu seolah ia telah lama...
emak:  segumpal benang kuning..

apakah itu yg sebenarnya. tidak dapat dipastikan malah lebih berungkaian.  pengubat hanye berkata itu adalah berbentuk 'sihir'...padahal seumur kehidupan aku sekeluarga tidak pernah melalui itu semua.  mengapa?...dan siapa punya angkara. ?.

sebahagian lagi penjelasan dari sang pengubat berkata...tidak semestinya kiter yg diangkarakannya, tetapi sewaktu perkara itu berlaku sewaktu 'menda' itu dilepaskan, secara tak langsung kiter ade berade sama disitu....kemungkin umpama cerita P.Ramlee berkata.."sipi-sipi"....gitulah mungkinnya.

nak upload gamba nye kat sini...terlupa nak amik dari hpone kakak.  saje nak buh kat sini sebagai kenangan abadi selagi blog ini wujud...sape2 saja bulih melayari dan melihat waimah aku telah tidak wujud lagi dimuka bumi ini.  kerana panggilan itu seolah semakin hampir dan aku hanya berserah, aku ikhlas segala kejadian itu memang datang dari Allah s.w.

semuga semua apa yg berlaku ini menjadi petunjuk betapa pelbagaian perkara itu memang wujud didunia ini.....tuhan sentiase merestui segala perbuatan waimah perkara yg terlarang.  cumanye sebagai manusia kite sendiri kena ingat segala perbuat syirik itu telah ditegah dan andai melakukannya dosalah dapatnye dan kematian akan kenerakalah tempatnya.  waaallahhualam.


Sunday, 13 May 2012

isnin 15/05/12

isnin lagik....dah hampir pertengahan tahun.  aku sama jer.  tak ade perubahan yang membina maupun ada perkembangan sesuatu yg lebih baik.  kadang2 aku memang sabar, tapi tidak begitu nak sabar kalau menghadapi kerenah2 yg membosankan.  kalau tidak berkerenah tak bolih ker.  aku tak inginkan semuanya itu.  aku mahu hidup yang biasa yg tidak membebankan perasaan hati yg semakin tua.  aku tidak mahu mewah sehingga bolih mengaburi mata dunia.  aku mahu kebiasaan dan ketenangan hati yang diri semakin dekat menghadapi mati.  telah tiada apa2 lagi yang bolih ku cari.  usia semakin memangkinkan diri untuk kembali.  apa lagi yg mesti diiri hatikan olehnya.  aku hanya manusia yang serba bersabar dari segala yang meruntun hati. aku sudah bosan aku telah penat dan lelah dengan semuanya ini.  mungkin juga aku amat kecewa...dengan apa yang ada....butakah mata ku ya allahhh.....butakah hati ku ya allahhh....atau salahkah segala pentafsiran ku ini.  dimana aku ????....

Wednesday, 9 May 2012

kamis 10/5/12

telah 9 tahun emak pergi untuk sekian waktunya.  10/05/2003.  hari sabtu jam 6.05 ptg. emak telah kembali kerahmatullaah...semuga emak tenang disana bersama orang2 yang telah sama-sama berada dialamnya.
************
nenek bersama kakak, kak chi n adik jiki....alfatihah tuk nenek.
inilah natijah hidup, sentiase menjaga kepentingan orang lain, menjaga hati orang lain....membakar diri, umpama lilin...bakar dan bakar...terangilah biar cahayanya pudar tidak secerah matahari pagi yg sirna.  aku, beralah dan akan terus beralah, selagi jazad masih bulih menyangah.  apa saja yg masih bolih dari kudrat yang telah hampir parah.  apa saja yang bolih hanya dengan usia yang telah ketarah.  semakin hari semakin hampir untuk pergi kehujung kehidupan.  aku pasrah ???...hanya kerana terasa diri memang kerdil sedari kecil sehingga sebesar dan kelak berakhirnya sebuah penghidupan.  ahhhhhhhhhhh....

aku hanya insan kerdil.  menjaga dari sekecil-kecil hati sehingga kesebesar-besar jiwa insan lain yang tidak pernah tahu apa gelodak didalam rasa dan leka jiwa ku seorang yg punyai keinginan dan rasa.  kadang bakat hanya terbiar begitu saje...tanpa digilap dan akan berakhir bila jazad juga telah kaput....


entah bile akan berakhirr.....sebuah rase yg kian kandas dan hambarrr.....

Sunday, 6 May 2012

gambar2 keluarga yg disayangi













IsnIn..7/05/12

isnin yang mengantukkk....hujan diluar sane kejap lebat kejap berenti.....telinga ni asik terdengoo bunyik lori traller memekak, apik kat bawah tuh mengetuk pulakkk....macam2 bunyik kat sini.  kebosanan dah menjadi darah dibadan...mengalir saja darah..adalah kebosanan mendengar segalanya tu...bernafas saja disini...terhidulah bau inti kuih paww disebelah pulak...hai, macam2 dalam hidup ini disini.

bosan menggigitttt perasaan, mata dibelai segala hal yg dibaca, membaca perihal keluarga hj. ali, mak tom dan azmin ali....dimana-mana blog...semua memaki hamun, huh!!!...disini rupa kisahnya tempat membuang segala rasa....aduiii...mengantuk jugek aku nie,,,

tunggu kul 12.00 pun lame sangat dah...nak tgk keputusan adik dapat tak masuk U...mudah2an dapatlah, tadi pagi kakak dah call kate hari ni ade peperiksaan...mudah2an lah kak.  senang menjawab mudah2an saje menjadi anak2 yg solehah....aduiii, mengantuk lagikk ni... tgh masak nasik...tungguuu tghari nak makan, tapi lauk entah ada entah tidak...kalau tak, makan nasik putihjeww lah....hari2 kenyang makan hal2 negara, politik dan macam2 cerita  yg sepatutnya bulih dibendung...entahlah orang2 ni semakin cerdik semakin buat yg bukan2...media2 pun satu hal...nape tulis cam budak2 sekolah, kalau nak menegakan keadilan sama rata sama rase, melayu diutamakan...jangan menulis yang bukan2....ni malah yg sikit ditambah...bukan menegah...malah membaja dan meyuburkan segala cerita merita....aduiiii...mengantuk lagikkkkkkkkkkkkkk...


spaggeti n epok2 frozen





Wednesday, 2 May 2012

khamis 3/05/2012...

alhamdullilahhh....hari ini kamis lagik. bererti aku telah seminggu lagi dapat meneruskan hidup dialam mu ya Allah dengan sepenuh kebahagiaan.  kebahagiaan yg kau telah pinjamkan buat aku dan keluarge tercinta.  namun setiap mase dan waktu, diri terasa tersangat hampir dengan kematian.  kematian yang pasti datang biar aku menghindar.
"" Ya Allah mudah2an saja kematian ku nanti akan kau tentukan didalam keadaan yang beriman dan jauh dari segala perkare kehinaan.  Ya Allah, selamatkan keluarga ku, suami ku dan anak2 ku dari segala bencana didunia jua diakhirat.  panjangkan umur2 mereka didalam dakapan agama mu dan didalam rahmat mu ya Allah.  murahkanlah rejeki mereka dengan rejeki yang halal. berilah mereka kesihatan supaya mereka dapat beribadah dan sentiase mengintai kepada mu.  Ya Allah...""



hari ini 3/5/2012.  terima kasih kepada mu Ya Allah kerana masih memberi aku peluang dan nikmat utk aku terus hidup.  semuga aku sentiase mengingati mu dan ingin sekali sentiase berdamping dgn mu ya Allah.  terasa diri sentiase hampir akan menemui mu.  mudah2an saja bila sampai saat yg begitu, dipermudahkan akan segalanya.  amin.

Jadikanlah anak2 ku sebagai  insan2 yang berhati suci dan berpekerti.  semuga mereka bijak mentaksir diri dizaman serba berfitnah ini.


ahahaha:..appyyy

ahahaha:..appyyy
THomes?....i'm Jerry...hehehehe